Utusan Borneo (Sabah)

Regu Panglima A muncul juara

Liga Sepak Takraw Panglima Beaufort

- Panglima B (depan) dan Panglima G.

BEAUFORT: Regu Panglima A dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Kejohanan Liga Sepak Takraw Taman Sri Panglima Beaufort yang diadakan baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsun­g dari 8-17 Februari itu meletakkan regu Panglima A sebagai juara kejohanan yang julung kalinya diadakan menewaskan pasukan-pasukan lain yang mengambil bahagian.

Panglima A menewaskan cabaran regu Panglima B di peringkat akhir dengan 21-12 di set pertama tetapi tewas di set kedua 19-21.

Pada set penentuan regu Panglima A memperkema­skan permainan dengan serangan tajam dan akhirnya menang 25-23.

Panglima B menjadi naib johan, Panglima H ketiga dan Panglima G di tempat ke empat dalam kejohanan berkenaan.

Kejohanan anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Panglima Beaufort itu disertai oleh lapan pasukan dan dibahagika­n kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A terdiri daripada regu Panglima A, Panglima B, Panglima C, dan Panglima D.

Sementara Kumpulan B terdiri daripada regu Panglima E, Panglima F, Panglima G, dan Panglima H.

Di peringkat kumpulan Panglima B menjuarai Kumpulan A dengan 7 mata dan Panglima Adi tempat kedua dengan 5 mata yang membolehka­n kedua-dua pasukan ini layak ke peringkat separuh akhir.

Sementara Kumpulan B pula diungguli oleh Panglima H dengan mengumpul 9 mata dengan memenangi semua perlawanan di peringkat kumpulan.

Mengiringi Panglima B ke separuh akhir ialah Panglima G dengan 4 mata yang dikutip di peringkat kumpulan.

Ketika ditemui Zifreddin Abd Rahman, pengerusi penganjur kejohanan berkenaan mengatakan bahawa tujuan penganjura­n liga berkenaan adalah sebagai salah satu cara untuk memupuk perpaduan dan silaturahi­m dalam kalangan penduduk pelbagai kaum melalui sukan di taman berkenaan.

Penyampaia­n hadiah kemenangan telah disempurna­kan oleh Jimran Mat kahar Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Panglima Beaufort.

Beliau memuji penganjura­n yang dikelolaka­n oleh Jawatankua­sa Sukan dan Belia KRT berkenaan yang mana mampu mempromosi­kan perpaduan dan kesepakata­n melalui sukan.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan ini yang mana terdiri daripada pelbagai lapisan agama, bangsa dan umur bukan sahaja mampu mewujudkan hubungan silaturahi­m tetapi juga mempromosi­kan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan,” katanya.

 ??  ?? JIMRAN menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil disaksikan oleh Zifreddin (dua dari kiri). Panglima A (depan) juara Liga Sepak Takraw Panglima.
JIMRAN menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil disaksikan oleh Zifreddin (dua dari kiri). Panglima A (depan) juara Liga Sepak Takraw Panglima.
 ??  ?? REGU
REGU
 ??  ?? REGU
REGU
 ??  ?? ANTARA pasukan yang mengambil bahagian.
ANTARA pasukan yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia