Utusan Borneo (Sabah)

Sabarudin Kadir penyelamat Wirajaya

-

BEAUFORT: Bekas pemain negeri Sabarudin Kadir menjadi penyelamat pasukan Wirajaya dengan menjaringk­an gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan ketika menentang pasukan Masjid Cahaya Iman Membakut (MCIM) di Padang Kompleks Beaufort baru-baru ini.

Pada perlawanan persahabat­an bolasepak itu pasukan Wirajaya dan MCIM seri 4-4 di mana gol Wirajaya turut disumbangk­an oleh Zakaria Hj.Jaidin pada minit ke 40, Hussin Dullah minit ke 65 dan Jumi pada minit ke 38.

Manakala gol pasukan MCIM yang diketuai oleh Samat Aman dijaringka­n oleh Malik, Syed, Ag. Aidi dan Hj.Herwan.

Samat ketika ditemui memuji aksi keduadua pasukan walaupun sebahagian­nya terdiri dari beberapa pemain veteran yang berumur 50-60 tahun ke atas namun masih mampu bermain sepenuh masa selain memperliha­tkan skil masing-masing di samping disiplin yang tinggi sepanjang permainan.

Katanya, perlawanan persahabat­an sebegini mampu merapatkan tali silaturahi­m di kalangan pemain serta masyarakat setempat.

Dalam pada itu Zakaria Hj.Jaidin selaku pemain jemputan Wirajaya bersama Jumi, Bill, Mazlan, Kasim dan Jali berkata, aktiviti seumpama ini dapat memberi kesedaran khusus kepada warga veteran untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan bersukan.

Beliau merakamkan ucapan ribuan terimakasi­h khusus kepada pasukan Wirajaya yang sudi menjemput beliau bersama rakan-rakan yang lain untuk bermain dalam perlawanan persahabat­an berkenaan.

Di akhir perlawanan, penjaga gol MCIM Daud yang dikenali sebagai Dino Zof dan Abd. Wahid penjaga gol Wirajaya dianugerah­kan sebagai Penjaga Gol Terbaik sepanjang perlawanan.

Manakala Husin Dullah dianugerah­kan Pemain Berbisa dan Hj.Herwan Penjaring Gol Tercantik.

 ??  ?? Kadir (kiri) merakamkan gambar bersama Kasim, Hassan dan Mazlan semasa sesi pemanasan badan. NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit@ Buchu (kanan) merakamkan gambar bersama pemain jemputan terdiri dari Zakaria (kiri) Jali, Jumi dan Bill.
Kadir (kiri) merakamkan gambar bersama Kasim, Hassan dan Mazlan semasa sesi pemanasan badan. NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit@ Buchu (kanan) merakamkan gambar bersama pemain jemputan terdiri dari Zakaria (kiri) Jali, Jumi dan Bill.
 ??  ?? PEMAIN MCIM, (dari kiri) Tajudin, Samat, Hj.Raman, Daud, Hj.Herwan, Jeffri dan Md.Din.
PEMAIN MCIM, (dari kiri) Tajudin, Samat, Hj.Raman, Daud, Hj.Herwan, Jeffri dan Md.Din.
 ??  ?? SABARUDIN
SABARUDIN
 ??  ?? SAMAT Aman wakil pasukan MCIM (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada pengurus pasukan Wirajaya Masri Mamai.
SAMAT Aman wakil pasukan MCIM (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada pengurus pasukan Wirajaya Masri Mamai.
 ??  ?? MALIK Yusof (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Megat, mantan pemain LPN Sabah sambil
diperhatik­an oleh Sahiran (kiri).
MALIK Yusof (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Megat, mantan pemain LPN Sabah sambil diperhatik­an oleh Sahiran (kiri).
 ??  ?? PASUKAN MCIM dan Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. Sabarudin (berdiri, tiga kiri).
PASUKAN MCIM dan Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. Sabarudin (berdiri, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia