Utusan Borneo (Sabah)

B19 Sabah intai keputusan positif

Mulakan cabaran lawan JDT IV dalam saingan Piala Belia hari ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN skuad muda Tambadau yang dibawa menghadapi JDT IV dalam saingan Piala Belia di Johor hari ini.

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Sabah intai keputusan positif apabila memulakan cabaran menentang Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) dalam saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Mini Kulai, Johor hari ini.

Ketua jurulatih, Billyton Vut Kit Ming berkata, ia adalah permulaan tugas yang sukar kerana lawan adalah dari kelab yang memiliki antara program pembanguna­n terbaik negara ini.

“Bukan permulaan tugas yang mudah tetapi kami perlu optimis dan akan cuba sedaya upaya membawa keputusan positif.

“Perlawanan Ini akan menjadi ujian sebenar kepada pasukan muda kita yang majoriti dibarisi muka baru,” kata Billyton ketika dihubungi di Johor pada Selasa.

Menurutnya, hanya sebilangan kecil pemain dari skuad musim lalu masih bersama pasukan manakala selebihnya muka baru.

Billyton berkata, skuad

“Perlawanan Ini akan menjadi ujian sebenar kepada pasukan muda kita yang majoriti ” dibarisi muka baru. BILLYTON VUT KIT MING Ketua jurulatih

bimbingann­ya itu juga kurang mendapat pendedahan perlawanan persahabat­an berkualiti dengan hanya mendapat perlawanan pemanas badan dengan skuad Piala Presiden dan beberapa pasukan tempatan.

“Ujian terbaik kami hanya daripada skuad Piala Presiden dan beberapa pasukan tempatan. Sebab itu, sebarang keputusan positif dari perlawanan pertama ini akan menjadi suatu yang sangat bermakna buat kami,” katanya.

Apapun katanya, fokus utama skuad muda Tambadau itu adalah untuk pembanguna­n pemain sebagai sandaran skuad Piala Presiden dan skuad senior pada masa akan datang.

Kesebelasa­n kemungkina­n Billyton adalah Mohd Azlizan Mohd Azlan (penjaga gol), Mohd Faqrul Idris, Dannish Danial Omar Maya, Fyellonarl­lye McAxora Jappri dan Seherry Aladin (pertahanan), Xsevier Xcico Felex, Radzee Eqmal Ramli, Johan Mansor, Ajay Jamain dan Ahmad Irwanto Rusli (tengah) manakala Mohd Sahrizan Saidin akan dipikulkan tugas sebagai penyerang tunggal.

Turut dalam senarai 18 pemain yang dibawa adalah Mohd Arizsam Jainol Abidin, Mohd Syukri Suhaimi, Mohd Syafiq Awang Pendik, Asymawi Sulikin, Fahmi Ikhwan Muhamad Azmi, Rayner Doliente dan Mohd Farhan Airil Aziz.

 ??  ?? ANGGOTA
ANGGOTA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia