Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

-

KUCHING: Seorang lelaki maut dipercayai terlibat dalam kemalangan di jalan berdekatan Kampung Mambong, Siburan awal pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Alexis Danial, berusia 32 tahun, berasal dari Kampung Seratau, Jalan KuchingSer­ian.

“Pada 18 Februari 2019 jam lebih kurang 7.30 pagi, satu kemalangan maut berlaku di Jalan Mambong melibatkan sebuah motosikal.

“Motosikaly­angditungg­ang mangsa dari arah Kuching menuju ke Mambong telah hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Alexson memberitah­u, akibat kemalangan itu mangsa mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri dan maut di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” jelasnya.

Selain itu katanya, polis turut bertindak melawat tempat kejadian dan mengambil rajah kasar dan gambar termasuk mengukur tempat kejadian.

“Kenderaan mangsa turut dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untu pemeriksaa­n PUSPAKOM.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutny­a,” ujarnya.

Sementara itu, Jurucakap bomba yang tampil menghulurk­an bantuan untuk mengalih mayat mangsa memaklumka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di Jalan Kuching Outer Ring Road, Mambong pada jam 7.52 pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia