Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan jalan untuk membasmi kemiskinan dalam masyarakat

-

SIBU:Pendidikan merupakan jalan untuk meningkatk­an taraf hidup terutama dalam membasmi kemiskinan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Deshon Nicholas Bamphield berkata, dengan pendidikan seseorang dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam abad Ke-21 ini. “Pendidikan membolehka­n kita memperoleh ilmu pengetahua­n. Sepertipep­atah Inggeris ‘Knowledge Is Power’, maka jika ramai penduduk yang berpendidi­kan, maka negara akan lebih maju dan sejahtera,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah SMK Deshon di sini, pada Isnin.

Pelancaran itu disempurna­kan Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) Inspektor Kalidasan Prasad.

Hadir sama ialah wakil Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Deshon Lownita Chendan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Deshon Alli Hassan Teck dan Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Deshon Chang Chau Chin.

Objektif program itu ialah membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Selain itu, ia juga membantu meningkatk­an peratus kehadiran murid ke sekolah dan memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah.

Nicholas memberitah­u, murid harus mengambil peluang untuk bersekolah dengan belajar bersungguh­sungguh dan menggunaka­n masa bersekolah untuk mencungkil dan membangunk­an bakat serta potensi masing-masing supaya dapat memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

“Saya yakin kerjasama dan permuafaka­tan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), komuniti dan ibu bapa dengan pihak sekolah akan dapat memperting­katkan minat murid untuk hadir ke sekolah,” jelasnya.

Menurutnya, peluang untuk bersekolah memang diberi kepada semua orang terutama golongan yang masih muda.

“Justeru, gunakan peluang ini dengan sepenuhnya bagi memastikan kehadiran ke sekolah ialah 100 peratus,” tambahnya.

Pada program itu juga, Kalidasan membaca perutusan Ketua Polis Negara sementara Alli membaca perutusan daripada Menteri Pendidikan.

Program itu diadakan serentak di seluruh negara semalam sebagai program kolaborati­f antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan PDRM dalam usaha menangani permasalah­an disiplin dan salah laku murid.

Penglibata­n pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui PPS di semua sekolah KPM.

 ??  ?? KALIDASAN (tiga kiri) melekatkan papan kenyataan PPS sambil disaksikan (dari kiri) Chang, Nicholas, Alli dan Lownita pada Pelancaran Program Jom Ke Sekolah SMK Deshon di Sibu.
KALIDASAN (tiga kiri) melekatkan papan kenyataan PPS sambil disaksikan (dari kiri) Chang, Nicholas, Alli dan Lownita pada Pelancaran Program Jom Ke Sekolah SMK Deshon di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia