Kurangkan bilangan kakitangan awam mesti dilakukan tanpa elemen politik
KUCHING: Sebarang usaha untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam mestilah dilakukan tanpa sebarang elemen politik, kata Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Samarahan Ismawi Mohamad.
Beliau berkata jika ia dilakukan atas sebab politik, ini akan menganiaya kakitangan kerajaan yang terbabit.
Beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa kerajaan berhasrat membangunkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan.
Menurut beliau, kaedah berkenaan dapat mengurangkan kebergantungan rakyat untuk bekerja di sektor awam yang dianggap sebagai terlalu besar.
Dr Mahathir, bagaimanapun mengakui bahawa kaedah tersebut akan menyebabkan pengangguran dan ‘masalah sosial’.
Ismawi berkata sama ada bilangan kakitangan kerajaan melebihi keperluan atau tidak, kerajaan Persekutuan mesti membuat kajian terhadap pengurusan nilai di semua peringkat kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan bukan semata-mata hendak mengurangkan kos.
“Kos boleh datang dalam pelbagai bentuk dan boleh dikurangkan dengan pelbagai cara.
Manakala Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dilaporkan mempertahankan jumlah 1.7 juta yang dikatakan sejajar dengan peningkatan jumlah keseluruhan rakyat.
“Dalam tempoh 16 tahun ini, banyak sekolah, hospital, balai polis dan pusat kawalan ketenteraan dibina bagi memenuhi bilangan rakyat yang semakin beretambah.
“Bagi Cuepacs, angka 1.7 juta penjawat awam ini tidak terlalu besar,” kata Presiden Cuepacs Azih Muda yang dipetik akhbar nasional.