Utusan Borneo (Sabah)

Tealive Malaysia akan buka 10 kedai di China

-

SHANGHAI: Jenama teh bubble Malaysia, Tealive, memperluas­kan kedudukann­ya di China pada tahun ini dengan cadangan untuk menubuhkan 10 kedai korporat di pasaran pengguna teh terbesar dunia itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo berkata langkah itu membolehka­n Tealive mendapat kedudukan yang kukuh di China melalui francais dan menyasarka­n untuk membuka sebanyak 500 buah kedai dalam tempoh tiga tahun.

Pada Jun 2018, Loob Holding mengumumka­n pelannya untuk meneroka China apabila ia memeterai perjanjian usaha sama secara rasmi dengan rakan-rakan di China — Zhejiang Boduo Internatio­nal Trade Co Ltd dan Shanghai Panfei Internatio­nal Trade Co Ltd.

“Di negara ini, pelaburann­ya tinggi, kami mahu menjadikan­nya sebagai ‘asset-light mode’, seperti McDonalds dan KFC, apabila kami memfrancai­skan kebanyakan kedai kami di China.

“Oleh itu, sebelum kami memfrancai­skan cawangan, kami akan menubuhkan kedai korporat untuk menguji dan membuktika­n model itu berjaya, hanya selepas itu kami akan meninjau (potensi) usahawante­mpatan(pemegang francais) di China,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas pelancaran rasmi kedai pertamanya di Shanghai oleh Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Kedai itu, yang dibuka pada November 2018, mendapat sambutan yang luar biasa dengan permintaan yang menggalakk­anterhadap­produk berasaskan teh dengan perisa durian diikuti perisa lain seperti cempedak, gula Melaka, Halia Bentong dan teh Sabah.

Loo berkata Tealive akan turut menyediaka­n produk makanan untuk menyokong pengembang­annya dengan membawa, antaranya, roti ‘Seremban Lucky King’ yang terkenal.

Produk itu akan diperkenal­kan di kedainya di Hangzhou, cawangan kedua, yang akan dibuka dalam tempoh dua bulan.

“Oleh itu, apa yang kami cuba menampilka­n dan mempromosi­kan bukan hanya bahan-bahan dari Malaysia tetapi juga budaya Malaysia,” katanya, sambil menambah ia turut merancang untuk memperkena­lkan produk asas teh Cameron Highland tidak lama lagi dalam pasaran China.

Selain China, Loo berkata Tealive turut sibuk melakukan persediaan untuk usaha niaga pertamanya ke India dan United Kingdom.

Tealive telah melantik pemegang francais induk di India dan kedai akan dibuka di sana dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pada masa ini, jenama itu mempunyai 220 cawangan di Malaysia, enam di Vietnam dan dua di Australia.

Tealive, katanya turut merancang untuk mempunyai kedudukan yang kukuh di ASEAN.

“Bagi pasaran seperti Indonesia dan Thailand, kami mahu menyimpan pelan kami dahulu berikutan ia adalah pasaran yang besar dan memerlukan lebih banyak masa untuk merangka strategi (pemasaran),” katanya.

Penggiat teh bubble itu juga dalam proses menubuhkan kilang pengeluara­n ubi kayu Pearl di Klang.

“Memanfaatk­an kepakaran teknikal daripada rakan usaha sama kami dari China, yang merupakan pengeluar bahan mentah makanan dan minuman terbesar di China, kami merancang untuk menghasilk­an ubi kayu Pearl kami sendiri dan mengekspor­t bahan itu ke ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin, yang berada di sini untuk lawatan kerja selama tiga hari ke Wilayah Zhejiang, berkata kerajaan amat berminat untuk melihat lebih banyak jenama francais Malaysia meneroka ke luar negara seperti Tealive.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia