Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan ambil masa: PM

Dakwaan Pas terima RM90 juta daripada 1MDB

-

KLANG: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil masa untuk menyiasat dakwaan Pas menerima wang berjumlah RM90 juta daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata suruhanjay­a itu mungkin belum mendapat maklumat sepenuhnya berhubung kes itu.

“Kenyataan SPRM bahawa tiada sebarang wang RM90 juta daripada 1MDB yang dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi Pas setakat ini, ia mungkin kerana SPRM belum dapat maklumat sepenuhnya… ia (siasatan) mengambil masa.

“Setakat ini banyak lagi pencurian duit oleh Najib (bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) yang SPRM tidak punyai masa untuk selidik, jadi ini tidak bermakna Najib tidak curi, cuma tidak diselidik…kita tunggulah benar atau tidak (dakwaan),” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang Metrod Holdings Bhd di sini pada Isnin yang turut dihadiri pengasasny­a, Apurv Bagri dan pengerusi Metrod Holdings Datuk Abu Hassan Kendut.

Ketika mengesahka­n perkara itu pada Ahad, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya sejak awal bulan ini mendapati tiada bukti transaksi yang boleh dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, diminta mengulas kenyataann­ya semalam bahawa beliau tidak faham dengan sikap Pas yang berpendiri­an tidak tetap dalam menyuaraka­n sokongan terhadapny­a untuk kekal sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sokongan daripada parti itu.

Ini kerana, kata perdana menteri, beliau mendapat sokongan daripada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang jumlahnya lebih ramai di Dewan Rakyat.

“Saya perlukan sokongan lebih 50 peratus wakil rakyat, saya tidak perlu sokongan daripada Pas kerana PH sendiri mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat. Sokongan itu sokongan daripada (parti) yang sudah pun menang bukan dari mereka yang nak kalah tetapi nak bagi menang.

“…tetapi kalau dia (Pas) nak sokong dia sokonglah, tak usahlah cakap pada saya dia sign surat konon nak sokong…tidak sebut nak sokong PH cuma nak sokong saya sahaja, tetapi saya bukan kerajaan, kerajaan mestilah PH,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan menemui Dr Mahathir di Putrajaya bagi menyatakan sokongan kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu jika berlaku pengkhiana­tan daripada mana-mana parti komponen PH.

“Kenyataan SPRM bahawa tiada sebarang wang RM90 juta daripada 1MDB yang dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi Pas setakat ini, ia mungkin kerana SPRM belum dapat maklumat sepenuhnya…ia (siasatan) mengambil masa.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? DR Mahathir (tengah) melawat kawasan kilang Metrod Holdings Bhd selepas merasmikan kilang tersebut di Bukit Raja Prime Industri Park pada Isnin.
-Gambar Bernama DR Mahathir (tengah) melawat kawasan kilang Metrod Holdings Bhd selepas merasmikan kilang tersebut di Bukit Raja Prime Industri Park pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia