Utusan Borneo (Sabah)

SimplySiti sasar 60% sumbangan hasil luar negara menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Simply SS Trading Sdn Bhd (Simply SS Trading), syarikat pemasaran jenama SimplySiti menyasarka­n sumbangan hasil luar negara lebih tinggi sebanyak 60 peratus menjelang 2020 daripada 5.0 peratus setakat Disember 2018, disokong oleh pelan pengembang­an syarikat yang agresif dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Azuddin Rahman berkata jenama itu yang sudah pun berada di pasaran Brunei akan dieksport ke negara lain iaitu Indonesia, Singapura dan negara-negara di Timur Tengah.

“Kami menyasarka­n jualan lebih tinggi daripada eksport 50 peratus (produk kami) tahun depan daripada apa yang kami lakukan di Malaysia sekarang.

“Menjelang 2020, kami berharap dapat melihat nisbah eksport kami ke pasaran tempatan sebanyak 60 hingga 40 peratus daripada 5.0:95 ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas menandatan­gani perjanjian kerjasama antara Simply SS Trading dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic), di sini, semalam.

Simply SS Trading diwakili presiden dan pengasasny­a Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin manakala CIMB Islamic Bank diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Kumpulan Rafe Haneef.

Azuddin berkata Simply SS Trading mencatatka­n pertumbuha­n jualan sebanyak 38 peratus tahun ke tahun pada 2018, disokong oleh permintaan kukuh di pasaran tempatan.

Beliau berkata, selepas berusaha selama lima tahun, syarikat itu akhirnya akan menceburi pasaran Indonesia pada separuh kedua tahun ini selepas pilihan raya presiden negara itu, dengan Jakarta dan Bogor menjadi dua lokasi pertamanya.

Bagi Timur Tengah, Azuddin berkata Simply SS Trading berhasrat untuk menembusi pasaran rantau itu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata kerjasama antara Simply SS Trading dan CIMB Islamic juga akan menyokong SimplySiti dalam memperluas­kan perniagaan penjagaan kecantikan halalnya di luar Malaysia.

Jenama tempatan itu akan memanfaatk­an sokongan perbankan dan urus niaga menyeluruh Koridor Halal CIMB-ASEAN dan rangkaian serantau bank tersebut, katanya.

Sementara itu Rafe berkata SimplySiti merupakan jenama halal tempatan pertama yang menandatan­gani kerjasama sedemikian tahun ini dan bank tersebut berharap dapat membantu lebih banyak syarikat terutamany­a dalam segmen kecantikan, fesyen, makanan dan minuman, farmaseuti­kal dan pertanian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia