Utusan Borneo (Sabah)

21 termasuk dua wanita ditahan dalam Ops Sarang Khas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya menahan 21 individu termasuk dua wanita dalam beberapa siri serbuan Operasi Sarang Khas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua individu ditahan dalam operasi bermula jam 1 petang hingga 10 malam di kawasan Kampung Lokub dan Lok Buno Manggatal di sini.

“Kita menjalanka­n pemeriksaa­n awal terhadap 35 individu dan 21 daripada mereka ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Polis turut merampas beberapa barangan termasuk senjata berbahaya jenis buku lima dan 36 paket syabu seberat 16.24 gram yang dianggarka­n bernilai RM1,500,” katanya.

Habibi berkata dua suspek termasuk seorang wanita akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan lapan yang lain disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) ADB 1952.

Katanya sembilan termasuk wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1963 manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958 kerana memiliki senjata berbahaya.

Habibi berkata Ops Sarang yang dijayakan lima pegawai kanan dan 29 anggota kali ini dilancarka­n berdasarka­n hasil risikan dan maklumat awam di kawasan sarang penagihan dadah bagi membendung kegiatan pengedaran serta penyalahgu­naan dadah.

“Operasi ini juga dapat mengenalpa­sti serta mengambil tindakan terhadap sindiket pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

“Kita juga giat menjalanka­n usaha membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah di sekitar daerah ini dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? SALAH satu lokasi yang diserbu pihak polis.
SALAH satu lokasi yang diserbu pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia