Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Taman Mesra dinasihat bekerjasam­a jaga kebersihan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong menasihatk­an penduduk di Taman Mesra agar memberi kerjasama dan mempunyai rasa tanggungja­wab menjaga kebersihan serta tidak membuang sampah merata tempat.

Ia berikutan kawasan Taman Mesra mencatatka­n 42 kes denggi yang merupakan rekod paling tinggi di Sabah.

“Justeru, perkara ini (menjaga kebersihan) harus diambil serius untuk menghapusk­an wabak ini, dengan kerjasama penduduk Taman Mesra,” katanya ketika menghadiri aktiviti semburan asap (fogging) yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Malaysia Daerah Sandakan bersama NGO Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Communicat­ion For Behavioura­l Impact (Combi) di Taman Mesra, petang Ahad.

Calvin hadir bersama Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Elopura Jason Pang dan rombongan, serta turut dihadiri beberapa doktor yang turut turun padang memberi bantuan dan sokongan kepada aktiviti itu.

Taman Mesra adalah salah satu kawasan yang sering menjadi pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, beliau telah memberi serba sedikit ceramah dan nasihat kepada penduduk berhubung perkara itu.

Aktiviti fogging berkenaan adalah untuk membunuh nyamuk Aedes di sekitar Taman Mesra.

Selain itu, Calvin bersama rombongan turut membuat tinjauan di setiap blok, sambil memberi nasihat kepada penduduk Taman Mesra.

“Saya berharap dengan kerjasama pelbagai pihak, kita dapat bersama-sama menghapusk­an nyamuk Aedes demi nyawa orang yang tersayang,” katanya.

 ??  ?? CALVIN (dua kiri) berbincang dengan para pegawai Jabatan Kesihatan semasa melawat Taman Mesra.
CALVIN (dua kiri) berbincang dengan para pegawai Jabatan Kesihatan semasa melawat Taman Mesra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia