Saham Yinson tinggi dalam dagangan awal susulan pelaksanaan projek lebih awal daripada jangkaan
KUALA LUMPUR: Saham-saham Yinson Holdings Bhd tinggi sedikit di Bursa Malaysia pagi semalam susulan pengumuman permulaan projek lebih awal daripada yang dijangkakan bagi kemudahan penyimpanan pengeluaran terapung dan pemunggahan (FPSO) Abigail Joseph, Nigeria.
Dalam notanya semalam, RHB Research berkata syarikat pengangkutan dan logistik itu tidak memerlukan pembiayaan untuk projek itu kerana jumlah perbelanjaan modal akan dibiayai menerusi bayaran pendahuluan pelanggannya dalam bentuk pembayaran sekali gus pajakan.
“Oleh itu, risiko ke atas pihak lain dikurangkan ke tahap minimum, dengan satu-satunya risiko pelaksanaan projek yang ada dalam tempoh itu membabitkan peralihan FPSO.
“Kami juga selesa kerana projek itu menggunakan FPSO Knock Adoon sebagai kapal sumbangan, tanpa kesukaran yang besar,” katanya sambil menambah unjuran pendapatan Yinson telah dinaikkan selepas pelarasan, dengan tarikh pemulaan FPSO Joseph Abigail, serta Kadar penyewaan FPSO Lamson yang lebih tinggi.
Yinson menaikkan unjuran tahun kewangan 2019 dan 2021 masing-masing sebanyak 10.4 peratus dan 22.1 peratus, susulan kemasukan sumbangan awal daripada pendapatan FPSO Abigail Joseph selain pendapatan yang lebih tinggi daripada usaha samanya.
Ia juga mengandaikan kadar penyewaan yang lebih tinggi untuk FPSO Lamson selepas panduan daripada pengurusan kontrak interimnya.
RHB Research mengekalkan panggilan ‘beli’ ke atas Yinson dengan harga sasaran RM5.54, peningkatan sebanyak 25 peratus daripada RM4.45 baru-baru ini.
Pada jam 11.38 pagi, saham Yinson naik tiga sen kepada RM4.48.