Utusan Borneo (Sabah)

Kursus Ilmiah Ecopark, membudayak­an penyelidik­an kalangan pelajar UMS

-

KOTA KINABALU: Kediaman Ecopark Universiti Malaysia Sabah barubaru ini menganjurk­an sebuah program berbentuk ilmiah iaitu Kursus Ilmiah Ecopark.

Program ini dijalankan dalam usaha membudayak­an penyelidik­an di kalangan mahasiswa/i UMS khususnya pelajar-pelajar tahun akhir.

Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah, Ahmadi Nurdin, program-program ilmiah yang julung-julung kali diadakan melalui kolej kediaman seperti ini adalah suatu program yang baik untuk diketengah­kan kerana ia bukan sahaja memberi kesan positifkep­adapeserta­program malahan kepada jawatankua­sa pelaksana program itu sendiri khususnya dalam mengendali­kan program ini melalui penglibata­n secara kolektif dengan pihak Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah.

Penyertaan daripada beberapa orang pelajar daripada pelbagai fakulti antaranya termasukla­h FPEP, FSMP, FKSW dan lain-lain lagi membuktika­n pelajarpel­ajar tahun akhir UMS berminat untuk memahami dengan lebih mendalam akan penyelidik­an dan juga aplikasi perisian SPSS.

Program ini dihadiri oleh penceramah khas daripada Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Dr Muhammad Idris Bullare@ Hj Bahari, Pengetua Kediaman Ecopark, Wijaya Kamal Ramlan, barisan felo dan JAKMAS Kediaman Ecopark, Universiti Malaysia Sabah.

 ??  ?? SESI bergambar Bersama Ketua Jabatan Ahmadi Nurdin, Penceramah Jemputan Dr Muhammad Idris Bullare@Hj Bahari, Pengetua Kolej Kediaman, Wijaya Kamal Ramlan bersama peserta kursus.
SESI bergambar Bersama Ketua Jabatan Ahmadi Nurdin, Penceramah Jemputan Dr Muhammad Idris Bullare@Hj Bahari, Pengetua Kolej Kediaman, Wijaya Kamal Ramlan bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia