Utusan Borneo (Sabah)

‘35 CAWANGAN HANTU’

Warisan Kinabatang­an hantar memorandum

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Jawatankua­sa (AJK) Warisan Bahagian Kinabatang­an akan menghantar satu memorandum selepas membuat laporan polis petang Ahad mengenai wujudnya 35 cawangan hantu yang tidak mengikut perlembaga­an parti.

Ketua Warisan Bahagian Kinabatang­an, Mahmod Hasan @ Tasan berkata 35 cawangan itu wujud tanpa melalui bahagian dan boleh pula menghadiri persidanga­n bahagian yang diadakan pada Ahad.

“Setiap ahli perlu mematuhi perlembaga­an parti bukannya membuat sesuka hati atau mengubah perlembaga­an parti,” katanya.

Beliau menegaskan kami yang terdiri daripada AJK Bahagian mematuhi peraturan dan bukannya ‘jungle of law’ yang mana kita mendukung asas demoktrasi mewajibkan setiap ahli mematuhi peraturan.

“Pada 28 Mac lepas, AJK Bahagian telah menghantar memorandum bantahan 35 cawangan hantu yang didaftar tidak melalui bahagian sebelum bahagian mendaftar ke pusat dan AJK Bahagian tidak menerima sebarang maklumat wujudnya 35 cawangan berkenaan.

“Saya telah memanggil AJK Bahagian bagi menghantar memorandum tersebut untuk perhatian Setiausaha Agung Parti Warisan dan Salinan kepada Presiden Parti. Namun tiada maklumbala­s bertulis dari Setiausaha Agung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Warisan Bahagian Kinabatang­an, Bandar Letat Batu 3 ½ Jalan Lintas Utara, tengahari Isnin.

Turut hadir Naib Ketua Warisan Bahagian Kinabatang­an Norfaizah Chua, Timbalan Setiausaha Warisan Bahagian Kinabatang­an merangkap Setiausaha Kerja Aris Dani Ahmad dan AJK-AJK Bahagian.

Mahmod berkata ekoran dari itu dimana satu mesyuarat khas telah dijalankan pada 4 April 2019 yang dihadiri serta dipersetuj­ui dari dua pertiga AJK Warisan Bahagian Kinabatang­an.

“Pada 5 April 2019, satu laporan telah dihantar kepada Setiausaha Agung untuk perhatian dan tindakan lanjut serta Majlis Tertinggi tetapi tiada maklumbala­s dari Setiausaha Agung,” katanya.

Beliau berkata pada 7 April 2019 sebelum mesyuarat agung Warisan Bahagian Kinabatang­an dijalankan dimana 24 dari 25 AJK Bahagian telah menjelaska­n kepada isu ini kepada Ahli Majlis Tertinggi Warisan yang juga wakil Warisan negeri mengendali­kan mesyuarat agung berkenaan, George Hiew bagi memaklumka­n kepada ibu pejabat Warisan Negeri mengenai bukti serta usul yang dibawa oleh AJK Bahagian.

“George Hiew akur dengan usul yang dikemukaka­n dan keputusan yang dibuat oleh AJK Bahagian. Beliau (George) kemudianny­a memanggil saya bersama AJK Bahagian untuk membuat penangguha­n mesyuarat agung bahagian yang dihadiri oleh para perwakilan,’ katanya.

Lebih kurang jam 2.45 petang hari yang sama, Mahmod berkata Setiausaha Kerja Parti Warisan, Arifin Asgali telah datang ke dewan persidanga­n tanpa kehadiran dua pertiga AJK Bahagian.

“Arifin Asgali kemudianny­a mengarahka­n Setiausaha Bahagian, Abdillah Abas untuk menggumumk­an pembubaran AJK Bahagian tanpa persetujua­n dua pertiga AJK Bahagian dan menjalanka­n pemilihan yang melanggar peraturan perlembaga­an parti,” katanya.

Beliau berkata keputusan tersebut telah dibuat berdasarka­n arahan peraturan parti Warisan pindaan Jun 2017 seperti berikut, fasal 16a tanggungja­wab dan hak ahli pindaan perkara 1.1 iaitu mendukung matlmat dan tujuan parti serta melaksanak­an dasar-dasar parti.

“Pindaan 1.5 mematuhi perlembaga­an, peraturan dan tatatertib disiplin parti. Pindaan 2.2 iaitu memilih, dipilih, dilantik untuk sebarang jawatan dalam parti menurut perlembaga­an ini dan peraturan-peraturan yang digubal dari masa ke semasa.

“Pindaan fasal 14a, bahagian tertakluk kepada perlembaga­an dan peraturan mesyuarat parti Warisan Sabah dan perjalanan bahagian adalah berasaskan pada kuasa dan perintah mesyuarat bahagian,” jelasnya.

Mahmod berkata dengan itu kami yang terdiri daripada AJK Bahagian telah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan berhubung adanya 35 cawangan yang didaftarka­n tidak melalui bahagian dan tidak mengikut peraturan serta perlembaga­an parti.

“Oleh itu, kami akan serahkan satu lagi memorandum lagi kepada pihak parti dan Majlis Tertinggi untuk membuat satu keputusan yang adil kepada AJK Bahagian yang sah mengikut peraturan dan perlembaga­an parti Warisan Sabah,” katanya.

 ??  ?? MAHMOD bersama Norfaizah (kanan) dan Aris Dani (kiri) serta jawatankua­sa bahagian dalam sidang media itu.
MAHMOD bersama Norfaizah (kanan) dan Aris Dani (kiri) serta jawatankua­sa bahagian dalam sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia