Utusan Borneo (Sabah)

Sabah terima RM1.13 bilion

Peruntukan tertinggi untuk pembanguna­n luar bandar tahun ini

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menyediaka­n peruntukan berjumlah RM1.13 bilion tahun ini bagi menyedia kemudahan infrastruk­tur asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan sistem jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Haron, berkata negeri Sabah antara negeri tertinggi menerima peruntukan daripada KPLB pada tahun ini khusus untuk penduduk kawasan luar bandar.

Beliau berkata KPLB juga merancang mengadakan Karnival Usahawan Desa (KUD) peringkat Zon Borneo pada Ogos hadapan sebagai salah satu platform usahawan terutamany­a usahawan luar bandar memasarkan produk mereka.

“Karnival ini nanti dilihat mampu membantu usahawan desa untuk mencari peluang meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n dan pasaran baharu selain menggalakk­an pemasaran atas talian dan meminta Srikandi Bersatu Sabah merebut peluang yang disediaka oleh pihak kementeria­n,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Tengahrai bersama Srikandi Sabah di D’Place Kinabalu pada Ahad.

Hadir sama Ketua Penyelaras Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Timbalan Ketua Srikandi Malaysia, Shamsilah Siru, Penolong Setiuasaha Serikandi Malaysia, Saadiah Ismail, Timbalan Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Amisah Yassin, Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Redonag Bahanda, KetuaKetua Srikandi bahagian Sabah serta timbalan masingmasi­ng.

Tambah beliau, KPLB juga menyediaka­n 44 program ameniti sosial juga akan dilaksana termasuk menaiktara­f serta membaik pulih masjid dan surau, dewan serbaguna, jambatan dan sistem perparitan di kawasan luar bandar Sabah melibatkan peruntukan RM6.47 juta.

“Kesemua projek pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar di Sabah itu akan dilaksanak­an dan disiapkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut sekali gus memastikan keselesaan dan kesejahter­aan mereka.

“Kementeria­n juga mengenal pasti 50 projek jalan perhubunga­n desa untuk dilaksanak­an di negeri itu pada peringkat pertama tahun ini melibatkan peruntukan RM10 juta.

“Projek jalan perhubunga­n desa itu telah diluluskan dan dalam proses sebut harga. Pembinaan projek itu dijangka siap pada Jun 2019. Kementeria­n juga sedang mengenal pasti senarai jalan perhubunga­n desa yang dilaksanak­an bagi peringkat kedua kelak mengikut keutamaan keperluan,” katanya.

Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu Malaysia berkata, menerusi menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Sabah memperuntu­kkan RM22.04 juta dana bermanfaat usahawan di negeri ini.

“Pemberian peruntukan berkenaan adalah mengikut kluster perniagaan termasuk perniagaan berkaitan gaya hidup, kesihatan, pembinaan, makanan dan teknologi. program yang dirancang memfokuska­n kepada peningkata­n serta memperkasa usahawan sedia ada agar lebih berdaya saing dan mampu melonjakka­n ekonomi diri mahupun negeri.

“KPLB juga menetapkan dasar pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) agar jawatankua­sa itu mestilah mempunyai 30 peratus wanita demi untuk memperkasa­kan wanita.

“Di bawah kementeria­n ini, satu pelan tindakan iaitu Pelan Harapan Pembanguna­n Luar Bandar 2018-2023 dirangka, menggarisk­an enam teras mencakupi prasarana, ekonomi, keusahawan­an, modal insan, wanita dan sistem penyampaia­n,” katanya.

Jelasnya, pelan itu akan menjadi sebahagian daripada pelan strategik dan hala tuju KPLB serta jabatan dan agensi di bawahnya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sabtu lalu, Parti Pribumi Malaysia Sabah telah dilancar oleh Pengerusi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia di Internatio­nal Technology & Commercial Centre (ITCC).

Dalam majlis itu menyaksika­n enam wakil rakyat bebas yang dahulunya ahli Umno dan seorang bekas ahli Upko menerima kad keahlian daripada Tun Mahathir.

Mereka terdiri daripada Adun Membakut Datuk Ariffin Arif, Datuk Ghulam Khan Haidar Bahadar (Kawang), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Isnin Aliasneh (Klias), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas) dan Matbali Musa (Lumadan) serta Datuk Bobbey Suan (Nabawan).

Bulan lalu, Hajiji sendiri bersama Adun Karanaan Datuk Masidi Manjun, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Dun, Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri, Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Edris dan dua orang Senator Datuk John Ambrose serta Datuk Abdul Ghani Yassin mendapat kad keahlian mereka di Putrajaya.

Kesemua projek pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar di Sabah itu akan dilaksanak­an dan disiapkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut sekali gus memastikan keselesaan dan kesejahter­aan mereka.

DATUK SERI RINA HARON Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? AZIZAH dan Rina bergambar kenangan bersama Ketua-ketua Penaja Srikandi Bersatu Sabah bersama dengan timbalan masing-masing.
AZIZAH dan Rina bergambar kenangan bersama Ketua-ketua Penaja Srikandi Bersatu Sabah bersama dengan timbalan masing-masing.
 ??  ?? AZIZAH menyampaik­an cenderahat­i anyaman tikar selisir suku kaum Bajau kepada Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Malaysia semasa jamuan tengahari bersama penaja Srikandi Bersatu Sabah 25 bahagian seluruh Sabah di Kota Kinabalu.
AZIZAH menyampaik­an cenderahat­i anyaman tikar selisir suku kaum Bajau kepada Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Malaysia semasa jamuan tengahari bersama penaja Srikandi Bersatu Sabah 25 bahagian seluruh Sabah di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia