Utusan Borneo (Sabah)

Aspah ketuai Warisan Beluran

-

SANDAKAN: Aspah Abdullahsa­ni memenangi perebutan jawatan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Kawasan Beluran dengan kelebihan lapan undi, mengatasi pencabarny­a, Haji Japar Awang dalam perlawanan satu lawan satu pada Ahad.

Timbalan Ketua Bahagian disandang muka baharu, Kogus Samain, selepas mengatasi dua pencabar, Haji Ramsah 64 dan Rahman Atang, 61 undi.

Jawatan Naib disandaang Kapten Sory yang meraih 90 undi, mengatasi dua pencabar iaitu Yasin Kapal, 81 dan Razli 29 undi.

Sepuluh Ahli Jawatankua­sa Bahagian parti itu yang menang ialah Misbak Harun, Abdidin Duraman, Yusop Latif, Awang Damit, Hailir Ismail, Dalwi Binnas, Rosli Opau, Roslan Malan, Rosmulyadi dan Mohd Faizal.

Lebih 200 perwakilan termasuk 33 darinya mewakili Pergerakan Wanita, Wira dan Wirawati membuat keputusan pada siri pemilihan pertama parti sejak ditubuhkan lebih dua tahun lalu.

Ia dirasmikan oleh Wakil Rakyat Gum-Gum, Arunarnsin Taib.

Arunarnsin ketika menyampaik­an ucapannya mengesa perwakilan supaya lebih mengutamak­an soal mengukuhka­n perpaduan di kalangan ahli demi halatuju memperkasa­kan parti itu.

Katanya, ahli harus berusaha membebaska­n diri mereka daripada terlibat dalam gejala fitnah dalam menyertai pemilihan parti sedemikian.

Beliau berkata perbuatan memfitnah bukan saja boleh meruntuhka­n kerjasama dan kekuatan di kalangan ahli, tetapi berkait rapat dalam soal mengukuhka­n aqidah yang dituntut dalam ajaran Islam.

“Ke arah menjadi pemimpin yang baik, maka para ahli harus bebas daripada fitnah dan pembohonga­n. Kerana sebagai pemimpin ditunut menjadi contoh yang baik berjaya di dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu Aspah ketika menyampaik­an ucapan pengangguh­an menggesa seluruh ahli dan pimpinan menyatukan kembali saf kepimpinan bahagian itu, demi kesimabung­an halatuju perjuangan parti untuk memberikan khidmat paling berkesan kepada rakyat.

 ??  ?? ARUNARSIN menyampaik­an ucapan.
ARUNARSIN menyampaik­an ucapan.
 ??  ?? ASPAH bersama Arunarsin dan pencabarny­a. Haji Japar Awang.
ASPAH bersama Arunarsin dan pencabarny­a. Haji Japar Awang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia