Utusan Borneo (Sabah)

Karim Bujang menang Ketua Bahagian Warisan Kimanis

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KIMANIS: Bekas calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi kawasan Parlimen Kimanis, Datuk Karim Bujang (gambar) berjaya memenangi jawatan Ketua Bahagian Warisan Kimanis dalam pemilihan parti bahagian pada Ahad.

Dalam pemilihan itu, Karim berjaya menyingkir­kan pesaingnya, Matli Ayub dengan keputusan 94 undi.

Karim ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Ketua Bahagian Warisan Kimanis berkata, langkah pertama yang beliau akan lakukan adalah dengan membuka pejabat Parti Warisan Kimanis bagi memastikan urusan pentadbira­n kawasan berjalan dengan lancar dan efisen.

Selain daripada soal pejabat parti, Karim berkata, beliau turut meletakkan fokus untuk memperkema­skan cawangan-cawangan di Kimanis termasuk memperluas­kan lagi cawangan di kawasannya.

“Saya telah diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan ketua bahagian. Saya yakin dengan keputusan ini ia akan memberikan input kepada Warisan Kimanis untuk memperbaik­i kelemahan yang terdapat di kawasan itu.

“Dalam mesyuarat pertama diadakan pagi tadi, jumlah cawangan hanyalah 18 berbanding dengan cawangan yang masih belum lulus. Saya juga dimaklumka­n terdapapat ramai lagi ahli-ahli yang belum menjadi ahli parti, dan saya akan memberikan perhatian terhadap perkara ini,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Karim mengakui terdapat banyak kelemahan yang perlu ditangani segera terutama di Warisan Bahagian Kimanis berhubung isu cawangan dan pengurusan pentadbira­n.

Jelas beliau, segala kelemehan tersebut perlu ditangani dengan kadar segera bagi memastikan Warisan Kimanis dapat mengukuhka­n lagi kedudukan Parti Warisan Sabah.

Mengulas lanjut, Karim menyifatka­n kemenangan beliau itu jelas menunjukka­n sokongan daripada kesemua ahli Warisan Kimanis kepadanya untuk mentadbir Bahagian Warisan Kimanis dengan lebih komited sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan parti.

 ??  ?? KARIM
KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia