Utusan Borneo (Sabah)

46 bekas ahli PBS sertai Upko

-

TENGHILAN: Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, pintu parti itu sentiasa terbuka luas bagi sesiapa sahaja ingin menjadi ahli dan menerima objektif perjuangan parti.

Beliau berkata demikian pada majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri lebih 200 penduduk setempat di Balai Muhibbah Kg Gumoron dekat sini pada Ahad.

Pada majlis itu, Madius menerima 46 borang keahlian baru terdiri daripada bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) yang keluar parti pembangkan­g itu dan menyertai Upko melalui cawangan parti Kg. Gumoron.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran menggesa penduduk di kawasan itu untuk terus memberi sokongan kepada usaha kerajaan dalam memperting­katkan ekonomi negeri ini khususnya daerah Tuaran.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata pelbagai aktiviti perindustr­ian sedang diperkenal kerajaan melalui Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian (KPP) dalam usaha menaikkan sumbangan industri kepada GDP kepada kadar yang lebih tinggi daripada sekarang.

“Setakat ini terdapat 400 syarikat pengusaha di Sabah dan kita bercadang menambahka­n jumlah ini dalam pada kadar 100 pengusaha yang berjaya setiap tahun sehinggala­h sektor perindustr­ian mencapai lebih 25 peratus sumbangan kepada GDP Sabah dan pada masa yang sama peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan kadar penggangur­an diturunkan,” katanya yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian.

Turut hadir Setiausaha Politik KPP, Joisin Romut.

 ??  ?? MADIUS menerima borang 46 keahlian Upko dari bekas ahli PBS.
MADIUS menerima borang 46 keahlian Upko dari bekas ahli PBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia