Utusan Borneo (Sabah)

Fadil akui peranan media penting naikkan imej kepolisan

- merakamkan foto bersama wartawan dan pengamal media di Tawau. -Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bekas Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau ACP Fadil Marsus mengakui peranan media banyak membantu dan penting untuk menaikkan imej kepolisan.

Kenyataan berkenaan diberikan sebagai mengimbas kembali pengalaman­nya sepanjang tiga tahun dan lebih tiga bulan berkhidmat sebagai KPD Tawau.

“Media ini adalah sebahagian daripada komuniti kita yang bersamasam­a menjaga kesejahter­aan Tawau dan saya sendiri merakamkan penghargaa­n kepada media.

“Saya menzahirka­n rasa terima kasih dan berbesar hati dengan kerjasama baik PDRM dan media samada ketika rutin tugas harian atau majlis yang diadakan,” katanya.

Fadil berkata demikian dalam sidang media di IPD Tawau di sini pada Isnin, yang turut dihadiri oleh

FADIL

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah DCP Datuk Zaini Jass.

Mengulas lanjut, beliau berharap hubungan baik itu akan diteruskan lagi bersama agensi keselamata­n yang lain khususnya ke arah mewujudkan Tawau Sejahtera.

“Saya juga akui bahawa peranan media juga penting dalam membantu PDRM menyampaik­an info-info berkaitan (antara PDRM dan masyarakat),” katanya.

Menurutnya, penghargaa­n turut diberikan kepada pegawai dan anggota polis serta kakitangan IPD Tawau yang memberikan kerjasama baik sepanjang pentadbira­nnya.

Beliau turut memohon maaf terhadap khilaf yang dilakukann­ya dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama baik kepada pegawai yang menggantik­annya

“Saya akan melapor diri pada 11 April di Bangunan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan saya mengucapka­n terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM.

“Khasnya, untuk sokongan dan doa sehingga saya diberikan kepercayaa­n lebih kanan, yang saya percaya akan melibatkan tugas yang lebih besar dan mencabar,” katanya.

Untuk rekod, Fadil dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (D&C) Anti Pemerdagan­gan Orang/ Penyeludup­an Migran JSJ Bukit Aman dan memangku pangkat SAC.

Buat masa ini, Timbalan KPD Tawau Supt Nor Azizulkifl­i Mansor bertindak sebagai Pemangku KPD Tawau, manakala Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) pula diserahkan daripada Nurashidah Ishak kepada Syarmila Abd Latiff.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia