Utusan Borneo (Sabah)

Kertas cadangan ke Bukit Aman

Isu blok bangunan polis tidak selamat diduduki diberi perhatian

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kertas cadangan untuk menangani isu sebuah blok bangunan di Kompleks IPD Tawau yang tidak dihuni sepenuhnya kerana tidak selamat diduduki sudah diserahkan ke Bukit Aman oleh Kontinjen Sabah.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kebajikan anggota polis dan keluarga untuk tinggal di 80 unit rumah dua bilik tidur di premis terbabit menjadi perhatian pihaknya.

“Di peringkat Kontinjen Sabah, kita bersama Pesuruhjay­a Polis sudahpun mengadakan pertemuan dengan semua Ketua Polis Daerah (KPD) baru-baru ini.

“Kita sudah mengarahka­n semua KPD supaya mengambil langkah proaktif, malah, dalam mesyuarat kepimpinan di Labuan, kita sudah meminta cadangan semua KPD.

“Kita minta mereka mengemukak­an cadangan untuk penambahba­ikan termasuk untuk penubuhan IPD dan balai-balai baharu di daerah masing-masing,” katanya.

Zaini berkata demikian semasa diminta mengulas isu yang dibangkitk­an Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman ketika Usul Menjunjung Titah Diraja di Parlimen pada 14 Mac.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak Kontinjen Sabah sudah mengambil pendekatan awal kerana hal berkenaan melibatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota polis.

Dalam usulnya, Ma’mun berkata tersentuh hati selepas mendapati sebuah blok bangunan di Kompleks IPD Tawau tidak dihuni sepenuhnya kerana tidak selamat diduduki.

Malah, pihaknya difahamkan, belum pernah diadakan kerja-kerja menaiktara­f di bangunan terbabit dilaksanak­an semenjak premis berkenaan siap dibina pada 1992.

Ma’mun turut menyifatka­n kemudahan dua bilik tidur untuk 80 unit rumah di blok terbabit sebagai tidak relevan untuk keselesaan anggota polis dan keluarga mereka.

 ??  ?? ZAINI ditemui media selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau daripada ACP Fadil Marsus (kiri) kepada Supt Nor Azizulkifl­i Mansor (kanan) selaku Pemangku KPD Tawau.
ZAINI ditemui media selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau daripada ACP Fadil Marsus (kiri) kepada Supt Nor Azizulkifl­i Mansor (kanan) selaku Pemangku KPD Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia