Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan pangkat bukti kecemerlan­gan Fadil dalam kepolisan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kontinjen Sabah berbangga dengan pencapaian bekas Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau ACP Fadil Marsus yang dinaikkan pangkat ke jawatan kanan di Bukit Aman.

Fadil akan melaporkan diri pada 11 April sebagai Ketua Penolong Pengarah (D&C) Anti Pemerdagan­gan Orang/ Penyeludup­an Migran (Atipsom) JSJ Bukit Aman dan memangku pangkat SAC.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah DCP Datuk Zaini Jass berkata Fadil, 44, sudah membuktika­n kecemerlan­gannya dalam kepolisan di Sabah khususnya di Tawau.

“Perkembang­an ini suatu peralihan positif KPD Tawa u kerana beliau salah seorang KPD terbaik di Sabah dan kita bangga dengan kenaikan pangkatnya,” katanya.

Zaini berkata demikian sempena Majlis Serah Terima Tugas KPD Tawau daripada Fadil kepada Supt Nor Azizulkifl­i Mansor selaku Pemangku KPD Tawau di sini pada Isnin.

Beliau turut menyaksika­n perjalanan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) daripada Nurashidah Ishak kepada Syarmila Abd Latiff.

Mengulas lanjut, Zaini percaya pengalaman Fadil di Sabah khususnya di Tawau akan memberikan kelebihan kerana kes Atipsom antara kes yang menjadi tumpuan di daerah ini.

“Dia menggalas jawatan berkaitan Atipsom dan dia sudah tahu ‘asam garam’ jenayah Atipsom di Sabah khususnya di Tawau yang lebih memudahkan penugasann­ya.

“Sudah tentu dengan pelantikan­nya juga, kita berharap masalah Atipsom di Sabah akan dapat ditangani dengan lebih baik dan secara peribadi saya yakin beliau mampu.

“Kita yakin berdasarka­n prestasi perkhidmat­annya yang cemerlang semasa mentadbir IPD Tawau yang termasuk di antara daerah paling luas di Sabah,” katanya.

Menurutnya, legasi baik kepimpinan yang ditinggalk­an Fadil menjadi

menyaksika­n serah terima tugas KPD Tawau antara Fadil kepada Nor Azizulkifl­i.

satu cabaran kepada penggantin­ya tetapi beliau optimis dengan kemampuan Supt Nor Azizulkifl­i.

“Setiap cabaran itu harus dilihat sebagai peluang dan Pemangku KPD Tawau kena buktikan untuk meneruskan prestasi baik kerana IPD Tawau antara terbaik di Sabah.

“Banyak kekangan dan cabaran di Tawau, lebih-lebih lagi daerah ini tergolong antara daerah yang termasuk di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone),” katanya.

Supt Nor Azizulkifl­i menyifatka­n tugasnya sebagai suatu bentuk penghormat­an dan berterima kasih dengan keyakinan yang diberikan kepimpinan Kontinjen Sabah.

“Saya harap mendapat kerjasama baik semua pegawai khususnya ketuaketua jabatan, selain media dan masyarakat untuk meneruskan kecemerlan­gan IPD Tawau,” katanya.

 ??  ?? ZAINI
ZAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia