Utusan Borneo (Sabah)

Pecah masuk rumah: Warga asing dipenjara 48 bulan, denda RM3,000

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara selama 48 bulan dan denda RM3,000 atau enam bulan penjara kerana terlibat kegiatan pecah masuk sebuah rumah, tahun lalu.

Majistret Suhailla Selag menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mohd Sabri Firdaus, 26, kerana mengaku bersalah memecah masuk sebuah rumah di Taman Pertama, Batu 5 di sini kira-kira jam 10.30 malam pada 18 Oktober tahun lalu.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu diberitahu rumahnya telah dipecah masuk dan pemeriksaa­n lanjut mendapati terdapat kesan umpil pada tingkap biliknya.

Tertuduh kemudian ditangkap sepasukan anggota polis pada 11 November tahun lepas bersama seorang rakannya.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh mengaku telah masuk ke rumah pengadu bersendiri­an dengan mengumpil pintu bilik. Tertuduh kemudian meminta rakannya untuk menjual sebuah komputer riba kepada pihak ketiga dengan harga RM80. Rakan tertuduh kemudian mengambil RM30 dan selebihnya diberikan kepada tertuduh.

Atas kesalahan itu, Mohd Sabri didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehigga tempoh lima tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Tertuduh juga diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Dalam mahkamah yang sama, Suhailla menjatuhka­n hukuman penjara selama 20 bulan ke atas seorang lelaki tempatan atas kesalahan ugutan secara jenayah terhadap adik kandungnya.

Fakta kes menyatakan pada 7 Disember tahun lepas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Kayu, Batu 7 di sini, tertuduh, Hamdran Tarang, 32, telah mengamuk dan memegang parang mahu menetak adiknya.

Tertuduh berbuat demikian kerana mahu meminta duit daripada adiknya tetapi tidak diberikan kerana tertuduh sering menggunaka­n duit itu untuk membeli dadah.

Sebelum ini, tertuduh sering meminta duit daripada ahli keluargany­a dan akan mengamuk atau mencuri barangan di dalam rumah untuk mendapatka­n duit.

Atas perbuatann­ya itu, tertuduh telah ditangkap pada hari yang sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kesemua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Tan Hiap Wah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia