Utusan Borneo (Sabah)

Pelawak tempatan cederakan pengawal keselamata­n dibebas dengan jaminan polis

-

SEREMBAN: Seorang pelawak lelaki tempatan yang dikatakan mencederak­an seorang pengawal keselamata­n dalam kejadian pertengkar­an di Taman Acacia, Nilai, Sabtu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata, arahan itu dikeluarka­n mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatka­n perintah reman pagi Isnin.

“Pelawak itu menyerah diri ke Balai Polis Nilai petang semalam dan pihak polis merakamkan keterangan­nya sebelum menahannya. Pagi ini, kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman namun mahkamah memerintah­kan untuk dia dibebaskan dengan jamin.

“Bagaimanap­un, kita masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Pelawak terbabit yang memakai kemeja dibawa dengan trak polis bersama tahanan lain tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini, pada jam 8.30 pagi dan dibawa masuk ke Mahkamah Khas Reman untuk mendapatka­n permohonan reman.

Sebelum itu, dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan jam 5 petang Ahad.

Mohd Nor Marzukee berkata, dalam kejadian jam 8 malam Sabtu, pelawak itu yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan. “Selepas itu pengawal keselamata­n menutup palang pos keselamata­n dan mengejar kereta lelaki terbabit. Selang beberapa minit dia ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.

“Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik sahaja mangsa sampai lalu berlaku pertengkar­an dan dia menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia