Utusan Borneo (Sabah)

Bobbey sertai PPBM

-

PENAMPANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Bobbey Ahfang Suan (gambar) menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Sabtu.

“Selepas memerhati senario politik dalam tempoh 11 bulan lepas di peringkat negeri dan negara, saya telah membuat kesimpulan bahawa saya boleh beralih daripada menjadi Adun Bebas kepada Adun PPBM.

“Saya percaya ini adalah cara terbaik untuk saya meneruskan khidmat kepada rakyat di kawasan saya dan di Sabah secara amnya,” katanya.

Bobbey berkata, beliau menyertai PPBM seiring dengan hasrat majoriti pengundi di kawasannya.

“Saya akan terus memberikan khidmat kepada rakyat dengan sebaik-baiknya atas kemampuan saya di bawah pimpinan dan bimbingan PPBM Sabah, diketuai seorang pemimpin yang berkeboleh­an dan berkredibi­liti Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku pengerusi penyelaras PPBM Negeri Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia