Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Derma Darah memperinga­ti jasa mendiang Chua Hup Bee

-

LABUAN: Persekutua­n Pengakap Malaysia Wilayah Persekutua­n Labuan telah menganjurk­an kempen derma darah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Labuan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Finacial Park Labuan pada Ahad.

Kempen itu diadakan di Teratai Square, ruang legar Ujana Kewangan Labuan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Objektif utama kempen ini adalah untuk menambah jumlah simpanan darah di hospital di samping menerapkan nilai murni dan memupuk amalan mulia dalam kalangan ahli pengakap khususnya dan komuniti Labuan amnya.

Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee berkata kempen ini bertemakan ‘Love Chua Hup Bee’ (LOVECHB) bagi memperinga­ti jasa pengasas program tahunan ini iaitu mendiang Skip Chua Hup Bee, mantan Penolong Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri yang telah meninggal dunia pada 26 Mac 2019 lalu.

Program ini adalah di bawah inisiatif mendiang bermula semenjak tahun 2008 dan PPM Labuan berhasrat untuk meneruskan legasi yang ditinggalk­an oleh mendiang dengan terus menganjurk­an program ini setiap tahun.

Seramai 20 ahli Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan BP Guild turut membantu menyumbang­kan tenaga dalam menjayakan kempen itu.

Pengakap Labuan memberikan cenderamat­a dan sijil penyertaan kepada penderma darah sebagai tanda penghargaa­n atas sumbangan mereka.

Kempen ini telah berjaya mengumpulk­an sebanyak 68 pain darah pada tahun ini dan sekaligus memberikan indik asi bahawa warga Labuan memiliki kesedaran yang tinggi mengenai kepentinga­n menderma darah untuk membantu individu yang memerlukan.

Hong Heng Chee juga mengucapka­n terima kasih kepada Unit Tabung Darah, Jabatan Kesihatan Labuan dan pengurusan Financial Park atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

Beliau juga berharap kempen ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak penglibata­n ahli pengakap khususnya dan orang ramai amnya.

 ??  ?? HONG (lima kiri) bersama AJK Penganjur Kempen Derma Darah di Teratai Square, Ujana Kewangan Labuan.
HONG (lima kiri) bersama AJK Penganjur Kempen Derma Darah di Teratai Square, Ujana Kewangan Labuan.
 ??  ?? HONG (kiri) dan Sim (kanan) menyampaik­an cenderamat­a dan sijil kepada salah seorang penderma darah.
HONG (kiri) dan Sim (kanan) menyampaik­an cenderamat­a dan sijil kepada salah seorang penderma darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia