Utusan Borneo (Sabah)

Ibadah perkukuh kerjasama

Seramai 27 anggota PDRM beribadah di Gereja SIB Piasau

- Oleh HENRY BATING

KOTA BELUD: Sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 tahun ini, seramai 27 anggota PDRM beragama Kristian di sini beribadah bersama anggota gereja SIB Kampung Piasau pada Ahad.

Rombong anyang diketuai oleh ASP Jamzami Jubin dari Jabatan

“Kami sebagai anggota PDRM akan meneruskan perjuangan dan tanggungja­wab demi agama, bangsa dan negara dengan semangat kental dan iltizam.” penuh ASP JAMZAMI JUBIN Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi IPD Kota Belud

Sumber Strategik dan Teknologi IPD Kota Belud disambut oleh pemimpin Gereja SIB Piasau Pastor Jefrin Kariwau.

“Bersyukur kita kepada Tuhan yang maha esa di atas limpah izinNya kerana berpeluang menyambut dan memperinga­tan Hari Polis Ke212 sehingga membolehka­n anggota PDRM beragama Kristian beribadah bersama umat gereja SIB kampung Piasau.

“Kami sebagai anggota PDRM akan meneruskan perjuangan dan tanggungja­wab demi agama, bangsa dan negara dengan semangat kental dan penuh iltizam,” katanya.

Menurut Jamzami antara tujuan mereka beribadah bersama jemaat di gereja berkenaan adalah untuk mengekalka­n kerjasama erat serta kesepakata­n padu di antara polis dan masyarakat seiring dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Menyentuh usia dan peringatan Hari Polis Ke212, Jamzami berkata dengan usia yang begitu matang pastinya PDRM lebih mampu mencorakka­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an berkesan serta memenuhi kehendak masyarakat yang sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia.

“Dalam menyambut ulang tahun penubuhan PDRM, kami tidak lupa pengorbana­n para pesara dan rakan-rakan yang telah terkorban demi mempertaha­nkan bumi Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Jamzami menegaskan apa yang masyarakat kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan PDRM dalam mempertaha­nkan agama, bangsa dan negara.

Justeru Jamzami berpesan kepada seluruh warga PDRM Komuniti Kristian supaya sama-sama membulatka­n tekad dan memperbaha­rui sumpah keramat serta lafaz ikrar taat setia untuk terus memberikan perkhidmat­an kepolisan yang terbaik kepada masyarakat.

 ??  ?? JAMZAMI (tiga kiri), Pastor Jefrin (tengah), Sipin (kiri) dan rombongan PDRM di gereja SIB kampung Piasau.
JAMZAMI (tiga kiri), Pastor Jefrin (tengah), Sipin (kiri) dan rombongan PDRM di gereja SIB kampung Piasau.
 ??  ?? JAMZAMI (empat kanan) berama anggota IPD Kota Belud memotong kek Hari Jadi Polis Ke-212 di Sky Blue Kampung Piasau.
JAMZAMI (empat kanan) berama anggota IPD Kota Belud memotong kek Hari Jadi Polis Ke-212 di Sky Blue Kampung Piasau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia