Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Upko Pusat buat laporan polis

Terhadap kenyataan fitnah yang tular di media sosial

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Upko Pusat, Petrus Conrad membuat laporan polis terhadap satu kenyataan bergambar yang menjadi tular di media sosial bertajuk ‘Upko akan bawa isu monopoli kuasa kepada Ketua Menteri’.

Katanya, kenyataan itu turut menjelaska­n bahawa Upko dijangka akan keluar daripada pakatan Warisan.

“Kenyataan fitnah itu juga menggunaka­n gambar satu sesi sidang media berkenaan hal lain sebelum ini yang dihadiri Ahli Majlis Tertinggi Upko Pusat termasuk Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau untuk mengeliruk­an ahli dan rakyat Sabah.

“Pergerakan Pemuda Upko Pusat menafikan sekerasker­as dakwaan ini yang dipercayai ditularkan dengan niat jahat untuk memecahbel­ah reputasi dan hubungan baik Upko dan Parti Warisan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kenyataan bergambar itu bersifat fitnah dan sengaja direka oleh pihak tidak bertanggun­gjawab untuk mencemarka­n integriti serta nama baik Upko secara amnya.

Sehubungan itu, katanya, Pergerakan Pemuda Upko Pusat menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya melakukan siasatan terperinci berhubung kenyataan tular itu, seterusnya mengambil tindakan tegas kepada pihak bertanggun­gjawab.

Petrus juga menasihati rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Untuk makluman, ini bukan cubaan pertama menjejaska­n reputasi Upko secara amnya, sudah beberapa laporan polis dibuat berikutan banyak kenyataan sosial sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? PETRUS (dua kanan) bersama exco pemuda Upko dari Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang.
PETRUS (dua kanan) bersama exco pemuda Upko dari Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia