Utusan Borneo (Sabah)

PVATM Cawangan Labuan jalin kerjasama dengan kerajaan

-

LABUAN: Ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Labuan diingatkan supaya terus bersatu dan mengekalka­n perpaduan serta menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli turut memuji usaha dan peranan dimainkan PVATM bukan sahaja dalam menjaga dan melindungi kebajikan ahli PVATM tetapi juga sentiasa mengamalka­n sikap permuafaka­tan dan bijaksana dalam merancang dan menyuaraka­n permasalah­an yang diutarakan kepada kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan.

“Sikap inilah yang menjadikan PVATM Cawangan Labuan terus menjadi contoh dan menjadi model kepada PVATM yang lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Labuan kali ke-33 yang diadakan di Hotel Tiara, Sabtu lalu.

Rozman yang juga Penaung PVATM Labuan berkata, beliau akan terus memberikan sokongan penuh kepada PVATM Labuan yang berhasrat untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung PVATM NegeriSaba­h pada tahun hadapan.

Pada majlis itu, Rozman turut menyampaik­an bantuan kewangan sebanyak RM4,000 untuk memudahkan PVATM Labuan menjalanka­n aktiviti sepanjang tahun.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Asian Supply Base (ASB) Datuk Haji Harris Anuar Tan yang juga Penaung PVATM Labuan turut menyumbang­kan dua set kerusi roda untuk keperluan ahli-ahli PVATM.

Turut hadir, Yang DiPertua PVATM Negeri Sabah, Marshid Mod Salleh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Negeri Sabah, Mejar Mohd Kamarulhel­mi Mohamed Esa, Pengurus Negeri Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Sabah, Kapten (B) Zulkilfie Ibrahim dan Pengerusi PVATM Labuan, Haji Alias Hussin.

 ??  ?? ROZMAN (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Alias diperhatik­an Marshid tiga kanan)sempenaMes­yuaratAgun­g PVATM CawanganLa­buankalike-33yangdiad­akan di Hotel Tiara, Sabtu lalu.
ROZMAN (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Alias diperhatik­an Marshid tiga kanan)sempenaMes­yuaratAgun­g PVATM CawanganLa­buankalike-33yangdiad­akan di Hotel Tiara, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia