Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Al-Munawar, Kampung Pohon Batu anjur Ceramah Khas Israk Mikraj

-

LABUAN: Masjid AlMunawar, Kampung Pohon Batu turut tidak ketinggala­n mengadakan Ceramah Khas sempena sambutan Israk Mikraj pada tahun ini.

Pada malam Rabu lalu, ceramah khas itu disampaika­n oleh Pegawai Agama Petronas Methanol Labuan, Haji Norazlan Mahmood

Turut hadir Ketua Kampung Pohon Batu, Zulkifli Abdullah dan Imam Satu, Ustaz Abd Rahman Muha.

Menurut Pengerusi Masjid, Haryadi Omar, program tahunan itu bukan sahaja mampu memberikan ilmu tambahan kepada masyarakat Islam tetapi juga menyakinka­n mereka kepada Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata selain itu, majlis ilmu seperti itu dapat menarik minat umat Islam untuk mengimarah­kan masjid.

“Menerusi program seperti majlis ilmu itu, kita mahu mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin dalam kalangan umat Islam di Kampung Pohon Batu,”katanya.

Haryadi berkata AJK Masjid akan terus mengadakan pelbagai program bagi memastikan Masjid AlMunawar sentiasa dikunjungi oleh jemaah termasuk golongan remaja di samping jemaah dewasa, warga emas dan wanita serta kanakkanak.

“Kami akan mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sekampung pada bulan Sya’aban yang dijadual diadakan pada 28 April ini bersamaan 22 Sya’aban 1440 Hijrah selepas solat Asar,”katanya.

Haryadi tidak lupa mengucapka­n terima kasih atas kerjasama dan komitmen penduduk Kampung Pohon Batu dan AJK Masjid AlMunawar yang menjayakan pelbagai program yang diadakan sejak awal tahun ini

Beliau juga berharap ahli kariah akan sentiasa mengimarah­kan masjid dengan menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama dan bacaan surah Yasin.

Turut hadir Ketua Kampung Pohon Batu, Zulkifli Abdullah dan Imam Satu, Ustaz Abd Rahman Muha.

 ??  ?? HARYADI (enam kiri) dan Norazlan (7 kiri) bersama jemaah yang menghadiri Ceramah Khas Israk Mikraj di Masjid AlMunawar, Kampung Pohon Batu, Rabu lalu.
HARYADI (enam kiri) dan Norazlan (7 kiri) bersama jemaah yang menghadiri Ceramah Khas Israk Mikraj di Masjid AlMunawar, Kampung Pohon Batu, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia