Utusan Borneo (Sabah)

Dana RM4 juta diperlukan

Bagi Sekolah Rendah Islam Ar Raudhah Sandakan beli bangunan

- -Artikel Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Sekolah Rendah Islam Ar Raudhah Sandakan memerlukan dana berjumlah RM4 juta untuk membeli sebuah bangunan di Taman Anggeri Perdana.

Pengerusin­ya, Ahdin Singky memaklumka­n pihaknya kini sedang berusaha mengumpul dana berkenaan dalam masa empat tahun.

Menurut beliau, sekolah yang ditubuhkan sejak November 2015 itu, telah memulakan operasinya pada Januari 2016 di sebuah rumah teres lot tepi dan kemudian berpindah dua kali sebelum menetap di Taman Anggerik Perdana.

“Sejak beroperasi pada Januari 2016, kami telah berpindah ke bangunan kedai di Bandar IJM Sandakan pada Mac 2016.

“Selepas itu, kami berpindah lagi ke lokasi sekarang iaitu di Taman Anggerik Perdana Jun 2018, menempatka­n 254 pelajar, 22 guru, lapan kakitangan serta tujuh Ahli Pemegang Amanah.

“Dana itu adalah untuk membeli bangunan yang kami duduki ketika ini supaya dapat dijadikan hak milik sekolah ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Isnin.

Selain dana, Ahdin turut mendedahka­n, kunjungann­ya bersama rombongan juga bertujuan mendapatka­n sokongan Tun Juhar untuk proses pendaftara­n sekolah berkenaan di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Tun Juhar juga menerima kunjungan rombongan Hospital Mesra Bukit Padang yang diketuai Pengarahny­a, Dr Ahmad Qabil Khalib yang membincang­kan dengan lebih lanjut berkaitan proses penilaian beberapa pesakit hospital terbabit yang ditahan di bawah undang-undang.

“Beberapa pesakit yang ditahan di bawah undang-undang telah kami hantar permohonan untuk dipertimba­ngkan pembebasan mereka oleh Tun Juhar sebagaiman­a yang termaktub di bawah kuasa-kuasa Yang Dipertua Negeri.

“Jadi, kunjungan pada hari ini merupakan perbincang­an lanjut tentang proses untuk Tun Juhar membuat penilaian,” katanya.

Ditanya mengenai rawatan kepada pesakit mental, Ahmad Qabil menggesa ahli keluarga serta anggota masyarakat agar terus memberi sokongan kepada perawatan mereka.

Katanya, selain Hospital Queen Elizabeth, Kementeria­n Kesihatan Malaysia juga menempatka­n pakar psikiatri di hospital daerah seperti Sandakan, Tawau, Keningau, Lahad Datu dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pihaknya kini sedang berusaha mengumpul dana berkenaan dalam masa empat tahun.

AHDIN SINGKY Pengerusi Sekolah Rendah Islam Ar Raudhah Sandakan

 ??  ?? TUN Juhar (dua dari kanan) bergambar dengan Ahmad Qabil serta tiga doktor Hospital Mesra Bukit Padang.
TUN Juhar (dua dari kanan) bergambar dengan Ahmad Qabil serta tiga doktor Hospital Mesra Bukit Padang.
 ??  ?? AHDIN (empat dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Juhar.
AHDIN (empat dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia