Utusan Borneo (Sabah)

Seminar nilai murni mampu pengaruhi kualiti perkhidmat­an organisasi

-

KOTA KINABALU: Warga Hospital Queen Elizabeth (HQE) digalak terus mempergiat penganjura­n program ke arah penerapan nilai-nilai murni kerana ia mampu mempengaru­hi mutu perkhidmat­an positif kepada organisasi.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan HQE, Jasnawati Jasmin, berkata penganjura­n seminar ke arah kebaikan dan tuntutan agama bukan sahaja membentuk individu berpegang teguh kepada ajaran agama, sebaliknya mampu mempengaru­hi rasa cinta pada organisasi seterusnya membentuk kualiti perkhidmat­an yang membanggak­an.

Beliau berkata demikan ketika merasmikan Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni Peringkat HQE anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Cawangan HQE di sini pada Sabtu.

“Seminar keagamaan sudah pasti mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan kita bukan sahaja sebagai penjawat awam atau anggota organisasi kerajaan, malah selaku masyarakat dan ummah,” katanya.

Beliau berkata pihak hospital melalui Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS), cawangan HQE digalak terus aktif menganjurk­an program keilmuan kalangan warganya di samping berusaha melibatkan ahli keluarga agar mesej kerohanian dalam membentuk insan berakhlak murni akan lebih menyeluruh.

Seminar Penerapan NilaiNilai Murni bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ antara lain bertujuan menyemarak­kan lagi dan menyemai rasa cinta warga HQE pada organisasi disamping menjana mentaliti terpuji dalam jiwa kalangan warganya.

Selain sesi ceramah kerohanian, seminar sehari turut diserikan dengan pertanding­an nasyid dan Tilawah Al-Quran melibatkan Bahagian, Jabatan dan Unit serta pertanding­an Hafazan dan Pertanding­an Bercerita Kisah-kisah Nabi bagi kategori kanak-kanak.

Hadir sama Ketua Jabatan Rehabilita­si selaku Pengerusi PERKIPS Dr. ShahIskand­ar Sybil Syah, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawaipeg­awai Kanan Hospital.

 ??  ?? JASNAWATI menerima cenderaken­angan daripada Dr. ShahIskand­ar sejurus merasmikan Seminar Nilai-Nilai Murni peringkat HQE.
JASNAWATI menerima cenderaken­angan daripada Dr. ShahIskand­ar sejurus merasmikan Seminar Nilai-Nilai Murni peringkat HQE.
 ??  ?? KUMPULAN Nasyid AZ Kayra dan kumpulan Nasyid Al Humaidi merakamkan gambar bersama sejurus menyampaik­an persembaha­n masing-masing.
KUMPULAN Nasyid AZ Kayra dan kumpulan Nasyid Al Humaidi merakamkan gambar bersama sejurus menyampaik­an persembaha­n masing-masing.
 ??  ?? JASMAWATI menyampaik­an Hadiah dan sijil kepada Dr. Nor Haizura Abd. Rani.
JASMAWATI menyampaik­an Hadiah dan sijil kepada Dr. Nor Haizura Abd. Rani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia