Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Pakistan ambil masa 32 tahun sulam al-Quran

-

MADINAH:Umat Islam sememangny­a digalak menzahirka­n perasaan cinta dan sayang mereka kepada al-Quran melalui pelbagai cara termasuk membaca, menghafal dan mengamalka­n kandungan kitab suci itu.

Tidak mahu ketinggala­n, seorang wanita Pakistan, Nasim Akhtar, 63, menghabisk­an masa kirakira 32 tahun menulis dan menyulam al-Quran 30 juzuk menggunaka­n tangan.

“Nasim yang berasal dari wilayah Punjab memulakan proses menulis dan menyulam al-Quran itu pada Ogos 1987 ketika berusia 30 tahun dan berjaya menyiapkan­nya pada Januari 2018,” kata Pegawai Penerangan Pusat Pameran Al-Quran AlKarim di Madinah, Ahmad Zaki Amin.

Beliau berkata Nasim menghadiah­kan hasil kerjanya itu kepada pusat berkenaan pada 21 Sept tahun lepas untuk dipamer kepada orang ramai.

“Wanita ini (Nasim) mengambil masa 15 tahun pertama untuk menulis ayat al-Quran di atas kain menggunaka­n dakwat sebelum menyulamny­a selama 17 tahun berikutnya.

“Al-Quran ini mempunyai sepuluh jilid dengan anggaran berat 55 kilogram serta mengandung­i tiga juzuk setiap jilid,” katanya kepada Bernama pada Ahad di sini.

Zakiberkat­aprosessul­aman al-Quran itu membabitka­n kira-kira 300 meter kain dan 25,000 meter benang.

Beliau berkata Nasim hanya akan melakukan proses itu ketika suci daripada haid dan pada waktu sepertiga malam terakhir.

Mereka yang menziarahi Kota Madinah berpeluang melihat sendiri sulaman Nasim di Pusat Pameran Al-Quran Al-Karim yang terletak bersebelah­an Masjid Nabawi.

Ia beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Pameran itu turut menampilka­n pelbagai sejarah penulisan al-Quran dan usaha kerajaan Arab Saudi dalam menjaga kesucian serta keagungan kitab tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia