Utusan Borneo (Sabah)

SK Lubok Temiang lubuk ilmu

Perintis program membudayak­an pembelajar­an profesiona­l

-

LABUAN:Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) menjadi sekolah pertama di Wilayah Persekutua­n Labuan menganjurk­an Program Lubok Ilmu Guru dan Murid (LIGuM) 2019 sekaligus menyahut seruan Jabatan Pendidikan Labuan untuk membudayak­an gaya Pembelajar­an Profesiona­l Dalam Komuniti (PLC) secara berterusan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin berkata, program Pembelajar­an Profesiona­l Dalam Komuniti (PLC) adalah bertujuan memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran inovasi serta idea baharu dalam bidang pengajaran dan pembelajar­an bilik darjah terutama dalam kalangan warga pendidik.

“Syabas dan tahniah SK Lubok Temiang yang menjadi jalan perintis membudayak­an serta mengamalka­n gaya Pembelajar­an Profession­al Dalam Komuniti (PLC) yang pertama dan menjadi contoh kepada sekolah lain di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program LIGuM 2019 SK Lubok Temiang, di Dewan Terbuka SKLT Tatap Majal, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPPK) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Asbola@Hasbollah Amit.

Turut hadir, Guru Besar SK Lubok Temiang, Haji Adam Abd Rahim dan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

Hadir sama Penolongpe­nolong Kanan, Roslan Mohamad (Pentadbira­n), Sunah Tahir (HEM) dan Joe Hellmy Jumat (Kokurikulu­m).

Ketua-ketua Sektor, Pengetua dan Guru Besar turut memberikan sokongan moral pada majlis perasmian LIGuM.

Program yang berlangsun­g sehari itu turut menyaksika­n

MURID-murid teruja dan seronok mencuba inovasi Matematik Bingo hasil inovasi Pengiran Abdul Kadir Pengiran Budin dari SISC+ Labuan

30 inovasi dipamerkan membabitka­n 32 pencipta inovasi dari 12 buah sekolah rendah dan menengah.

Turut menyertai pameran inovasi itu ialah School Improvemen­t Specialist Coaches (SISC) Labuan dan dari Tenom, Sabah.

Pada majlis itu, bakal graduan Sarjana Muda Institut Pengajian Guru Kampus Keningau yang juga bekas murid cemerlang SK Lubok Temiang, Mohd Asyraf Abd. Hamid dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Ikon LIGuM SK Lubok Temiang 2019.

Mohd Asyraf yang barubaru ini dianugerah­kan penerima ‘Young South East Asia Leaders’ oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur serta pemenang anugerah The Honourable Mention in Bali Asia Internatio­nal Model United Nations di Bali Indonesia menerima sijil penghargaa­n dan plak yang disampaika­n oleh Hasbollah.

Selain itu, Raisin berkata, PLC juga merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) untuk melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestas­i tinggi.

Sementara itu, Guru Besar SK Lubok Temiang, Haji Adam Abd Rahim berkata dengan tema “Inovasi Bahan dan Pedagogi”, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang terus proaktif dalam memastikan kemenjadia­n murid melalui penganjura­n Program Lubuk Ilmu, Guru dan Murid (LIGuM) 2019.

Katanya, antara objektif LIGuM 2019 ini ialah memberi pendedahan tentang apa itu Profession­al Learning Community (PLC), yang menghimpun­kan semua inovator untuk berkongsi idea ataupun bahan dengan murid dan guru.

Program cetusan idea guru Pusat Sumber Al Faaeq SK Lu bok Temiang, Has nan M oh d Saad dan Unit Kurikulum SK Lubok Temiang itu merupakan program di bawah PLC iaitu perkongsia­n inovasi dan pedagogi untuk memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran dalam bidang pengajaran dan pembelajar­an di bilik darjah.

“Ia bagi memastikan kemenjadia­n murid seimbang dalam pembanguna­n secara holistik, seterusnya memenuhi keperluan dan kehendak pendidikan negara,” katanya.

Sementara itu, Hasnan Mohd Saad berkata LIGuM 2019 adalah merupakan satu program baharu yang diilhamkan oleh Pusat Sumber Al-Faaeq dan Unit Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang bermula pada tahun ini.

Katanya, Komuniti Pembelajar­an Profesiona­l – Inovasi Bahan dan Pedagogi telah dipilih menjadi tema program berdasarka­n hasrat dan impian Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin yang mengharapk­an agar semua sekolah mengambil peluang dengan merintis jalan membudayak­an serta mengamalka­n gaya pembelajar­an dalam komuniti secara berterusan.

Beliau berkata, pelaksanaa­n PLC yang berlaku secara santai ini bertindak sebagai satu medium pengajaran melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesai­kan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang mendalam terhadap murid-murid secara keseluruha­nnya.

“Maka itu, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang melaksanak­an PLC dalam Program LIGuM 2019 berkongsi dengan guru serta murid dari sekolah lain di samping menikmati manfaatnya,” kata Hasnan yang juga penyelaras program LIGuM 2019.

Tambah Hasnan, hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsia­n kemahiran dan pengetahua­n guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, mengerakka­n sum bersedia adad i persekitar­an dan berkongsi kepimpinan dalam merealisas­ikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti pada masa hadapan.

Beliau berharap dengan pelaksanaa­n LIGuM 2019 ini, warga Sekolah Lubok Temiang akan membudayak­an perkongsia­n gaya pengajaran dan pembelajar­an berdasarka­n kepada senario persekitar­an dan tuntutan semasa.

Selain itu, mengamalka­n pendekatan baharu dalam usaha memimpin pengurus sekolah dan guru-guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdPc dengan matlamat meningkatk­an prestasi dan pencapaian sekolah secara bersepadu.

“Kita mahu memberi kesedaran kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaborati­f serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik,” kata Hasnan lagi yang mahukan LIGuM dijadikan sebagai program tahunan SK Lubok Temiang.

Jelas Hasnan, LIGuM mendapat pendedahan gaya pembelajar­an yang lebih mudah dan menyeronok­kan.

Menurut Hasnan, LIGuM mensasarka­n lima kumpulan iaitu Ketua Panitia, guru mata pelajaran, murid tahap 1 dan 2, ibu bapa serta sekolah rendah dan menengah yang berhampira­n.

Diharapkan dengan pelaksanaa­n LIGuM 2019 ini akan dapat meningkatk­an lagi kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajar­an (PdP) guru secara keseluruha­nnya.

Strategi persediaan guru dalam pelaksanaa­n Pembelajar­an Abad Ke-21 bertindak sebagai satu mekanisme dalam merancang PdPc dengan lebih berkesan dan amat releven dengan sistem pendidikan semasa yang lebih bersifat “pemusatan murid”.

Malah murid pula akan lebih bersemanga­t belajar apabila terdedah dengan amalan serta budaya gaya pembelajar­an yang mudah, bermain dan menyeronok­kan.

 ??  ?? (Gambar atas) PEMPAMER yang menyertai LIGuM SKLT 2019 bergambar kenangan dengan Haji Adam (tengah), PK Pentadbira­n Roslan Mohamad dan Suriani Alland Rice Oxley. (Gambar kanan) FREDERICA Gimpeh dan Warnnie Musah menerima sijil penghargaa­n daripada Hasbollah
(Gambar atas) PEMPAMER yang menyertai LIGuM SKLT 2019 bergambar kenangan dengan Haji Adam (tengah), PK Pentadbira­n Roslan Mohamad dan Suriani Alland Rice Oxley. (Gambar kanan) FREDERICA Gimpeh dan Warnnie Musah menerima sijil penghargaa­n daripada Hasbollah
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru SKLT gembira dengan sambutan luar jangka LIGuM SKLT 2019.
SEBAHAGIAN guru SKLT gembira dengan sambutan luar jangka LIGuM SKLT 2019.
 ??  ??
 ??  ?? GURU Bahasa Tamil, SK Bukit Kallam Anbarasan a/l Sandamohan menerangka­n inovasinya Kad Uyir Ezhuthu kepada murid-murid SK Lubok Temiang.
GURU Bahasa Tamil, SK Bukit Kallam Anbarasan a/l Sandamohan menerangka­n inovasinya Kad Uyir Ezhuthu kepada murid-murid SK Lubok Temiang.
 ??  ?? SURIANI Alland Rice Oxley SISC+SPA, Labuan menerangka­n Pembaris Gigi Buruk /My BEST HP kepada murid-murid.
SURIANI Alland Rice Oxley SISC+SPA, Labuan menerangka­n Pembaris Gigi Buruk /My BEST HP kepada murid-murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia