Utusan Borneo (Sabah)

Promosikan kepentinga­n pendidikan kepada setiap ahli keluarga: Manyin

-

TEBEDU: Ketua masyarakat dan ketua kaum di kawasan luar bandar digesa mempromosi­kan kepentinga­n pendidikan kepada setiap ahli keluarga di kawasan masing-masing.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, adalah menyedihka­n melihat banyak kawasan luar bandar termasuk Tebedu yang kini menikmati kemudahan infrastruk­tur lebih baik tetapi keputusan akademik sekolah di situ masih lemah.

“Kampung-kampung kini menikmati kemudahan infrastruk­tur yang lebih baik tetapi keputusan akademik masih lemah.

“Penduduk di luar bandar mesti ingat pendidikan adalah kunci untuk memecah kitaran kemiskinan,” katanya semasa sesi dialog bersama ketua masyarakat dan ketua kaum daerah Tebedu di Dewan Masyarakat Tebedu, pada Sabtu.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebedu berkata, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif membaik pulih dan membina semula sekolahsek­olah daif di seluruh negeri untuk memastikan persekitar­an pembelajar­an lebih kondusif kepada pelajar pada masa sama memberi motivasi untuk cemerlang dalam pendidikan.

Beliu juga mencadangk­an sekolah rendah kurang murid di Tebedu ditutup tetapi murid terjejas akan bersekolah di sekolah berpusat yang dilengkapi kemudahan lebih baik dan guru pakar.

“Kita seharusnya turut mempromosi­kan latihan kemahiran kepada belia kerana dengan kemahiran ini, mereka boleh mendapat pekerjaan yang menjanjika­n gaji lebih baik,” tambahnya.

Sementara itu, sesi dialog itu menyaksika­n ketua masyarakat dan ketua kaum membangkit­kan pelbagai isu berkaitan kawasan masing-masing kepada perhatian pihak berkuasa.

Selepas rundingan dan berbincang­an lebih terperinci, wakil-wakil dipilih dan agensi kerajaan yang relevan berikrar menyelesai­kan isu-isu dibangkitk­an.

Menurut Manyin dialog seumpama itu merupakan antara usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat.

Beliau menggesa mereka yang hadir pada sesi dialog itu agar terus memberi sokongan kepada GPS serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk berjuang dan menuntut semula hak-hak Sarawak termasuk dalam pendidikan.

Hadir sama Adun Kedup Martin Ben, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Simon Sinang Bada, Residen Serian Johnathan Lugoh, Pegawai Daerah Tebedu Raymond Achen dan Setiausaha Majlis Daerah Serian Constantin­e Jonas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia