Utusan Borneo (Sabah)

Tangani isu kemiskinan di Sabah

Mojuga Tukung berharap pemimpin baharu diberi peluang terajui PPBM di Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah untuk bertapak di Sabah telahpun terlaksana di Sabah selepas pelancaran­nya disempurna­kan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di ITTC Penampang, pada Sabtu.

Namun apa yang menarik perhatian, sebelum pelancaran itu, beberapa siri lawatan oleh ketua-ketua cawangan PPBM Sabah yang mendaftar ahli di PPBM Pulai Johor telah menyuaraka­n hasrat murni mendaftar dan membawa serta mengembang­kan PPBM di Sabah.

Sebelum pelancaran PPBM di Sabah 6 April lalu, satu lawatan pemimpin PPBM Pulai Johor sudah melawat kampung-kampung yang miskin dan daif di daerah Kudat.

Lawatan ini dihadiri oleh Dato Seri Idris A Jamal selaku Ketua Pendaftar Bahagian PPBM Pulai, Dato Zainal Atan yang juga AJK Bahagian dan Biro Politik PPBM Pulai dan Mojuga Tukung yang merupakan seorang inidividu yang bergiat aktif dalam politik dan khidmat masyarakat.

Sebelum ini, Mojuga pernah menjadi Ketua Bahagian PBRS Merotai dan kembali di Kudat untuk membawa PPBM di Bahagian Kudat.

Sempena lawatan itu, mereka juga berjumpa dengan penduduk di beberapa kampung di Kudat dan menerangka­n tentang perjuangan PPBM, seterusnya mengisi borang keahlian untuk menyertai PPBM.

Dalam masa sama, Idris dan Zainal yang masingMIRI:

YAKUB bersama sebahagian pemimpin yang lain ketika majlis pelancaran PPBM Sabah.

masing terlibat dalam PPBM Bahagian Pulai Johor berasa simpati atas kedaifan penduduk kampung di Kudat dan Pitas.

Mereka juga berjanji menyampaik­an masalah (kedaifan) itu kepada kerajaan Pusat untuk diberi perhatian dan bantuan sewajarnya.

Seterusnya, pada 1 April lalu, satu mesyuarat ketuaketua cawangan dan bakal penaja PPBM dari seluruh Sabah telah diadakan di Kudat.

Mesyuarat tersebut dihadiri sendiri oleh Idris A Jamal, Zainal Atan, Mojuga Tukung dari Kudat, dan beberapa ketua cawangan yang juga bakal Ketua Penaja Bahagian PPBM di Sabah.

Mereka yang hadir ialah wakil dari Papar iaitu Datuk Sahran Untai, Dr.Zarina (Silam),

MOJUGA (tengah) bersama Yakub Atan dan Dato Sharin ketika hadir di ITTC Penampang sempena pelancaran PPBM Sabah.

Norbeeth (Sepanggar), Jhon Martin (Beluran), Irwan Idrus (Petagas), Osman Marjin (Kota Belud), Ibnu (Papar) dan Jaely Medong (Banggi) dan beberapa ahli yang sudah daftar dengan Pendaftar PPBM Pulai Johor yang turut hadir pada mesyuarat itu.

Mesyuarat itu diadakan di Dewan PCS Kudat yang dipengerus­ikan oleh Mojuga Tukung yang juga merupakan Presiden Persatuan Pekebun Kecil Sawit dan Getah Sabah (Peradap).

Mojuga menjelaska­n, kawasan Parlimen P.167 Kudat masih terkenal sebagai kawasan yang pendudukny­a paling ramai berkeadaan daif dan termiskin.

Katanya, sehingga hari ini masih banyak kampung yang tidak ada kemudahan asas seperti bekalan air paip bersih, elektrik, jalan raya yang sempurna dan sebagainya.

“Beberapa kampung masih menggunaka­n kolam atau mata air yang ada musimnya kering dan terpaksa meminum air kotor atau air lopak apabila berlaku kemarau,” katanya.

Selain masalah air, turut disuarakan Mojuga ialah agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan pemberian bantuan rumah PPRT kepada penduduk yang benar-benar daif.

Mojuga Tukung juga merupakan pengerusi bagi Ketua-ketua Cawangan Bahagian PPBM P.167 Kudat yang telahpun didaftar dengan Pendaftar PPBM Pulai, Johor.

Bercakap pada majlis mesyuarat itu, Idris memohon agar semua borang keahlian PPBM dapat dikembalik­an kepada beliau sebagai pendaftar bagi keahlian PPBM di Sabah.

Menurut Idris, beliau juga mendaftark­an permohonan menjadi ahli PPBM dari seluruh Sabah yang dihantar oleh bakal penaja Ketua Bahagian.

Beberapa perkara yang ditegaskan oleh beliau ialah kini di Sabah, berleluasa pengedaran salinan borang pendua hitam putih dan bukan borang yang asli dan ia tidak akan diproses.

Sementera itu, Zainal Atan yang merupakan Biro Politik PPBM Pulai berkata, sepatutnya masalah infrastruk­ur seperti tiada bekalan air dan letrik serta keadaan jalan raya yang teruk di Sabah, sepatutnya berlaku.

Beliau juga mempersoal­kan bagaimana cara bekerja para pemimpin dan kerajaan terdahulu dalam melaksanak­an tugas mereka yang nampak sangat gagal membawa pembanguna­n, khususnya di daerah Kudat.

Dalam pada itu, sidang mesyuarat awal-awal lagi menyuaraka­n dan membantah perlantika­n Pengerusi PPBM Sabah yang seringkali dikaitkan mantan pemimpin parti Umno yang kelihatan masing-masing ingin menjadi pengerusi dan peneraju PPBM Sabah.

Cawangan-cawangan yang lebih awal mendaftar keahlian melalui PPBM Pulai lebih yakin dan selesa untuk menyambut PPBM ke Sabah apabila Penaja PPBM Sabah adalah bukan pemimpin lama parti Umno.

“Banyak perkara yang terlebih dahulu perlu dikaji mendalam, termasukla­h memastikan mereka bebas dari siasatan pihak SPRM, sedar dan insaf serta jauh dari politik wang.

“Sesungguhn­ya, untuk parti PPBM lebih kukuh di Sabah, kepimpinan PPBM Malaysia perlu mengkaji semula dan memberi ruang kepada rakyat biasa, terutama yang bukan mantan pemimpin (Ahli Yang Berhormat) dari Umno untuk menjadi pengerusi PPBM Sabah,” jelasnya.

Pemilihan peneraju PPBM Sabah harus bukan dimonopoli oleh mantan pemimpin Umno sahaja, tetapi harus terbuka kepada ahli-ahli politik dan badan NGO yang menyokong kerajaan.

Tegasnya, sudah tiba masanya kerajaan dan parti politik harus tegas kepada mana-mana pemimpin parti yang mengambil langkah begitu mudah melompat parti dan masuk keluar parti.

Pemimpin politik seumpama ini pasti ditolak oleh rakyat kerana pada akhirnya akan merosakkan kepimpinan kerajaan masa kini.

Kerajaan harus sedar bahawa masyarakat hari ini, pasti dalam konteks politik orang baharu dan pengundi muda lebih yakin dan menghormat­i orangorang biasa yg berpendidi­kan untuk menjadi pemimpin kepada rakyat dan negara.

Dalam pada itu, cawangan cawangan yang telah sah didaftar keahlian melalui Pendaftar PPBM Pulai, memohon dan bersuara agar sesiapapun badan NGO diberi hak dan peluang untuk mengemudi PPBM Sabah sebagai Jawatankua­sa Peneraju PPBM Negeri, mahupun Ketua Bahagian.

Sebagai ahli PPBM Sabah yang mendaftar melalui pendaftar PPBM Pulai, Mojuga turut mengucapka­n berbanyak terima kasih atas kesanggupa­n mereka datang ke Sabah, khususnya PPBM Pulai Johor yang lebih awal masuk dan bertemu pemimpin di Sabah.

Mereka lebih awal membuat jaringan persahafam­an dengan hasrat untuk membawa masuk PPBM di Sabah dan membuat kajian bentuk dan kaedah bagaimana membantu masyarakat atau rakyat di Sabah.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemimpin penaja PPBM bersama Idris dan Zainal ketika mesyuarat di Kudat.
SEBAHAGIAN pemimpin penaja PPBM bersama Idris dan Zainal ketika mesyuarat di Kudat.
 ??  ?? KETUA Bahagian PPBM Pulai Johor, Yakub Atan (tengah) bersama sebahagian ketua-ketua penaja cawangan/bahagian PPBM di Sabah.
KETUA Bahagian PPBM Pulai Johor, Yakub Atan (tengah) bersama sebahagian ketua-ketua penaja cawangan/bahagian PPBM di Sabah.
 ??  ?? MOJUGA (tiga kanan) bersama Idris dan Zainal ketika melawat dan meninjau kedaitan sebuah rumah panjang penduduk di Kudat.
MOJUGA (tiga kanan) bersama Idris dan Zainal ketika melawat dan meninjau kedaitan sebuah rumah panjang penduduk di Kudat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) IDRIS ketika dibawa melawat keadaan daif dan kemiskinan penduduk kampung di Kudat.
(Gambar atas) IDRIS ketika dibawa melawat keadaan daif dan kemiskinan penduduk kampung di Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia