Utusan Borneo (Sabah)

Malas, malu halang belia maju dalam hidup

-

Sikap malas dan malu adalah penghalang kepada golongan belia untuk maju dan berjaya dalam hidup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, sebaliknya belia harus berani berdepan apa juga cabaran melengkapk­an diri dengan ilmu dan kemahiran.

“Jangan ada sikap malas dan takut. Kita tidak mengecapi apa yang kita inginkan kalau malas dan malu mencuba,” katanya pada program ‘Today ForTomorro­w’(T4T)Pertiwi di sini pada Ahad.

Program dianjurkan bersama Sarawak Volunteers dan Pusat Khidmat DUN Lambir itu diserta seramai 225 peserta.

Ripin berkata, sebagai generasi pemimpin akan datang keupayaan belia harus diperkasak­an dari sekarang.

“Sumbangan aktif mereka dalam pelbagai bidang penting untuk kemajuan masyarakat serta pembanguna­n negeri. Justeru, belia adalah masa depan Sarawak dan sumbangan mereka amat dihargai,” jelasnya.

Ripin berkata, program itu untuk mengasah kemahiran, dayakepimp­inan, memperkuat jati diri serta mendisipli­nkan golongan belia.

Menurutnya, program tersebut akan diperluask­an bagi menggalakk­an lebih ramai belia khususnya dari luar bandar terlibat.

“Kita berharap dapat melahirkan barisan pemimpin belia di setiap kampung, rumah panjang dan sekolah di DUN Lambir.

“Justeru, program ini landasan terbaik bagi mengasah kepimpinan belia kita yang akan menyuaraka­n kehendak dan masalah mereka,” katanya.

Aktiviti tiga hari itu sebelum ini diadakan di Lawas, Limbang dan Bintulu.

Sesi soal jawab turut memberi peluang kepada peserta meluahkan pendapat dan soalan kepada wakil rakyat.

Program motivasi ini menggunaka­n pendekatan santai turut mendedahka­n mereka untuk berpersatu­an dan hidup bermasyara­kat.

Pengisian program lebih kepada membawa peserta berfikir dengan sendiri melalui tugasan dan permainan.

Ripin berharap aktiviti itu meningkatk­an kerjasama dan persabahat­an dalam kalangan belia di Lambir sekali gus bersama memainkan peranan memajukan kawasan mereka.

Hadir sama Timbalan Presiden Sarawak Volunteers Sulhie Salleh.

 ??  ?? RIPIN (tengah), Sulhie (kiri) bersama peserta T4T selepas tamat program itu.
RIPIN (tengah), Sulhie (kiri) bersama peserta T4T selepas tamat program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia