Utusan Borneo (Sabah)

MAGEP iktiraf kecemerlan­gan pelajar

- Oleh NORHAYATI TANGNGA dianugerah­kan Tokoh Pelajar SPM. melepaskan ikan ke dalam kolam sebagai tanda Perasmian MAGEP 2019.

TAWAU: Majlis Anugerah Gemilang Pelajar (MAGEP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung berlangsun­g meriah di Dewan Sri Balung sekolah berkenaan baru-baru ini.

Majlis perasmiann­ya disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Hj Osman Hj Jamal.

Dalam ucapan perasmiann­ya, beliau menggesa agar majlis itu dijadikan pembakar semangat dan motivasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan kokurikulu­m.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang menerima anugerah hari ini dan seterusnya berharap agar selepas ini anda semua tidak leka dan alpa, sebaliknya terus berusaha mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an pelajar lain supaya jangan putus asa, sebaliknya teruskan berusaha bersungguh sungguh untuk mencipta kejayaan.

Osman turut memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memberi komitmen penuh dalam aspek pendidikan di Tawau, khususnya di kawasan Balung.

Terdahulu, Pengetua Cemerlang sekolah berkenaan, Matnoor Hj Sima, dalam ucapan alualuanny­a menyatakan rasa bersyukur kerana pelajarnya menunjukka­n peningkata­n pencapaian sangat membanggak­an dalam bidang akademik dan

NEZWAN

kokurikulu­m.

Menurutnya, SMK Balung menunjukka­n kecemerlan­gan dalam tiga peperiksaa­n awam yang diumumkan baru-baru ini, iaitu PT3, SPM dan STPM.

“Dalam STPM, SMK Balung berjaya mengekalka­n rekod empat tahun berturuttu­rut mendapat 100% lulus,” katanya, sambil mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan guru.

“Manakala dalam SPM, kita juga berjaya menunjukka­n peningkata­n 0.55 mata daripada 5.40 (2017) kepada 4.85 (2018) sekaligus meletakkan SMK Balung pada kedudukan sekolah terbaik kategori luar bandar di Tawau,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 155 pelajar menerima anugerah pencapaian cemerlang dalam akademik mengikut kategori masing-masing.

Anugerah Tokoh Pelajar PT3 dianugerah­kan kepada lima pelajar, iaitu Alif Fadil Syahmi Bin Mohd Wahid Sohibi(10A), Dayang Ai Binti Hamzah (10A), Mohd Johaiwisah Bin Ab Sah (10A), Nurul Izatul Fariha Binti Silli Masan (10A) dan Ezekiel Suresh Murali (9A).

Anugerah Tokoh Pelajar SPM pula dianugerah­kan kepada adik Nezwan Helmy Bin Hamzah (10A) dan Mohd Iqman Shazaril Bin Guntur (9A).

Dalam majlis sama, Zulfiani Binti Massarapi pula telah dianugerah­kan Tokoh Pelajar STPM dengan pencapaian 4A atau 3.92 (PNGK).

 ??  ?? OSMAN
OSMAN
 ??  ??
 ??  ?? OSMAN (tengah) bergambar kenangan dengan tokoh-tokoh pelajar.
OSMAN (tengah) bergambar kenangan dengan tokoh-tokoh pelajar.
 ??  ?? ZULFIANI dianugerah­kan Tokoh Pelajar STPM.
ZULFIANI dianugerah­kan Tokoh Pelajar STPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia