Utusan Borneo (Sabah)

Pahang kurang bernasib baik untuk raih kemenangan

-

KUANTAN:Biarpun mempunyai banyak peluang untuk mencipta jaringan berbanding lawan , namun skuad Tok Gajah terpaksa berpuas hati dengan hanya mampu melakarkan keputusan seri di gelanggang sendiri ketika turun bertemu Petaling Jaya City (PJ City) FC pada saingan Liga Super yang menyaksika­n perlawanan malam Ahad lepas berkesudah­anan seri 1-1.

Ketua Jurulatihn­ya Dollah Salleh berkata biarpun bermain dengan baik, aksi bahagian serangan yang agak tumpul menyebabka­n pasukan Pahang kempunan untuk melakar kemenangan.

“PJ City juga lebih banyak berkampung di bahagian pertahanan, cuma sepatutnya penyerang kita perlu lebih banyak bergerak untuk menembusi benteng pertahanan lawan dan tidak hanya melakukan hantaran.

“Kesimpulan­nya malam ini kami hanya tak dapat menjaringk­an lebih gol... Jika bermain bagus sekalipun tetapi tidak dapat gol itu tidak membawa sebarang makna,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dollah bagaimanap­un gembira dengan kehadiran dua pemain import iaitu Dickson Nwakaeme dan Saddil Ramdani yang berjaya menggerakk­an jentera serangan skuad Tok Gajah dengan lebih ampuh pada babak kedua.

“Saya gembira dengan kembalinya Dickson dan Saddil setelah ketiadaan mereka selama tiga minggu... Dickson yang baru sampai pagi tadi (pagi semalam) merayu kepada saya untuk diturunkan pada separuh masa kedua.

“Kemasukan Dickson dilihat ada perubahan dalam pasukan, tetapi secara individu kekurangan itu nampak ketara dari aspek kecergasan,” katanya.

Beliau berkata anak buahnya perlu berusaha lebih gigih dan tidak mensia-siakan peluang terhidang pada aksi akan datang sekiranya mahu mengejar Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menghuni puncak Liga Super.

Sementara itu, pengendali PJ City, K. Devan berkata beliau amat berpuas dengan prestasi pasukannya yang mampu mengikat Pahang di tempat lawan.

“Kami berjaya bertahan dengan baik apatah lagi bertemu dengan satu pasukan yang kuat seperti Pahang. Disiplin taktikal dan fokus pemain juga amat baik... namun pujian harus diberikan kepada penjaga gol, Mohd Muhaimin yang bermain secara konsisten.

Devan berkata keputusan seri ini juga menunjukka­n penambahba­ikan pasukan yang dilakukan olehnya dalam tempoh rehat tiga minggu baru baru ini, sudah menampakka­n hasil apabila mereka mampu beraksi dengan lebih mantap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia