Utusan Borneo (Sabah)

SK Umas-Umas juara Bola Sepak Zon Kalabakan

Kejohanan Bola Sepak Zon Kalabakan, Tawau

-

TAWAU: Tiga kemenangan dan satu keputusan seri berjaya menobatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Umas-Umas sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon Kalabakan bagi Kategori Bawah 12 Tahun.

Kejohanan bola sepak ini disertai lima sekolah rendah di Zon Kalabakan iaitu SK Umas-Umas, SK Brumas, SK Luasong, SK Kalabakan dan

SK Ulu Kalabakan dengan SK Brumas menjadi pengelola kejohanan pada tahun ini.

Menurut Guru

Besar SK Brumas Samson Sahibul yang juga selaku pengerusi pengelola kejohanan berkata, kejohanan ini adalah untuk memilih pemain bola sepak yang akan mewakili Zon Kalabakan dalam kejohanan bola sepak peringkat daerah.

“Seramai 15 orang pemain telah dipilih mewakili Zon Kalabakan dengan pemain dipilih dari lima buah sekolah yang menyertai kejohanan peringkat zon ini,” katanya.

Samson menambah pemain yang terpilih terdiri daripada enam pemain dari SK Umas-Umas, tiga dari SK Brumas, tiga dari SK Luasong, dua dari SK Kalabakand­an satu dari SK Ulu Kalabakan. “Pemainpema­in yang dipilih merupakan antara pemain terbaik semasa kejohanan tersebut dan diharap para pemain ini akan memberikan saingan yang kuat pada kejohanan peringkat daerah nanti.” Katanya ketika memberikan ulasan keseluruha­n semasa penyampaia­n hadiah dan sijil kepada pemenang.

Selain menjuarai kejohanan bola sepak peringkat zon ini juga, SK Umas-Umas turut memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak kejohanan dengan salah seorang pemainnya Mohamad Fahizzuan Nohamad Fadzly menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan jumlah jaringan sebanyak lima jaringan.

Selain itu juga, SK Umas-Umas turut berjaya menewaskan SK Luasong selaku penyandang juara tahun lalu dengan kelebihan tiga mata dengan dihadapan. Tempat kedua disandang oleh SK Luasong dan tempat ketiga disandang oleh SK Brumas.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Guru Besar SK Bru- mas Samson Sahibul yang juga merangkap Pengerusi Pengelola kejohanan.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Fahizzuan Nohamad Fadzly pemain terbaik dan penjaring terbanyak kejohanan. SAMSON (kanan) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada pasukan SK Umas-Umas sebagai juara keseluruha­n kejohanan. AKSI menarik daripada pemain semasa kejohanan berlangsun­g.
MOHAMAD Fahizzuan Nohamad Fadzly pemain terbaik dan penjaring terbanyak kejohanan. SAMSON (kanan) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada pasukan SK Umas-Umas sebagai juara keseluruha­n kejohanan. AKSI menarik daripada pemain semasa kejohanan berlangsun­g.
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN SK Umas-Umas yang dibimbing oleh Hasmadi Amat Asan selaku jurulatih dan Stevon Luntid sebagai pengurus pasukan.
PASUKAN SK Umas-Umas yang dibimbing oleh Hasmadi Amat Asan selaku jurulatih dan Stevon Luntid sebagai pengurus pasukan.
 ??  ?? SAMSON menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada ketua pengadil kejohanan Kahar Omar.
SAMSON menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada ketua pengadil kejohanan Kahar Omar.
 ??  ?? SAMSON menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah satu pasukan yang bertanding.
SAMSON menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah satu pasukan yang bertanding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia