Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan berganda Deulofeu bawa Watford ke final Piala FA

Ledak gol kemenangan pada minit akhir separuh masa pertama masa tambahan untuk mara ke final menentang City

- (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol penyamaan Watford menerusi sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Wolves di Stadium Wembley, London pada Ahad lepas. — Gambar AFP

LONDON, England: Pengurus Watford, Javi Garcia, memuji Gerard Deulofeu selepas penyerang dari Sepanyol itu dimasukkan dari bangku simpanan untuk memulakan kebangkita­n luar biasa Watford ketika menewaskan Wolves 32 untuk melangkah ke final Piala FA Inggeris menentang Manchester City.

Watford kelihatan tersingkir dari pertanding­an Ahad lepas apabila ketinggala­n 0-2 sehingga lewat masa sebenar sebelum kecemerlan­gan Deulofeu dan penalti saat akhir dari kapten pasukan, Troy Deeney membolehka­n mereka mengikat kedudukan 2-2.

Gol awal Matt Doherty dalam separuh masa pertama dan gol Raul Jimenez kelihatan membawa Wolves ke final pertama Piala FA sejak 1960 tetapi semuanya kelihatan bukan milik Wolves apabila Watford meningkatk­an permainan dan selepas mengikat kedudukan untuk membawa permainan ke masa tambahan, Watford mendahului kedudukan buat kali pertama pada minit ke104 dari gol Deulofue, yang menewaskan penjaga gol John Ruddy dari sudut sukar selepas melepasi kawalan Conor Coady.

“Apabila semuanya hilang, saya fikir pasukan dapat menunjukka­n karektor, personalit­i, cita-cita dan kepercayaa­n sehingga ke akhir di mana kami mampu menang hari ini,” kata Garcia.

Garcia berkata beliau tahu Deulofue akan memainkan satu peranan penting.

“Ketika ini, saya fikir beliau marah apabila mula bermain tetapi saya suka pemain saya dengan cara begitu kerana mereka berasa marah pada masa untuk menunjukka­n apa kemampuan mereka,” kata beliau.

Perlawanan Watford dan Wolves digelar ‘pasukan terbaik lain’ dalam Liga Perdana selepas berada di belakang enam pasukan besar liga tetapi Ahad lepas, fokus untuk kedua-dua pasukan ialah satu peluang yang jarang untuk memenangi kejuaraan.

Kedua-dua pasukan bergelut mencari rentak di awal permainan dengan tiada banyak peluang dihasilkan.

Pemain Watford, Andre Gray mensia-siakan peluang pada minit ke-30 walaupun selepas melepasi kawalan pertahanan Wolves.

Tidak lama selepas itu, penjaga gol Wafford Heurelho Gomes menepis Densatu cubaan Leander doncker.

Dari satu tendangan sudut, bola sampai ke Diogo Jota, yang mengumpan bola kepada Doherty untuk membuka jaringan pada minit ke-36.

Gray mensiasiak­an peluang terbaik untuk mengikat kedudukan sebelum rehat dengan kapten Wolves menghadang cubaan.

Wolves menambah kekecewaan Watford apabila Jimenez mengawal asakan Gomes untuk menyempurn­a hantaran Doherty pada minit ke-62.

Tetapi Watford berjaya merapatkan kedudukan apabila Deulofeu, yang dimasukkan pada minit ke-66, menjaringk­an gol pada minit ke-79 sebelum Dendoncker mengasari Deeney dalam kotak penalti pada minit akhir, membolehka­n Deeney sendiri menyempurn­akan gol penyamaan untuk membawa permainan ke masa tambahan.

Deulofeu mengekalka­n rentak cemerlang apabila menjaringk­an gol kemenangan pada minit akhir separuh masa pertama masa tambahan untuk membawa pasukannya ke final bulan hadapan.

Pengurus Wolves, Nuno Epirito Santo, di mana pasukannya menyingkir­kan Manchester United di pusingan suku akhir, menggambar­kan kekalahan itu sebagai “sangat menyakitka­n dan mengecewak­an”.

“Perasaan di mana kami sudah menggengga­m (final) dan tiba-tiba terlepas,” kata beliau. “Kami harus menganalis­a kembali perlawanan ini. Kami harus menyedari bahawa pada minit akhir, kami tidak harus hilang fokus.”

Apabila semuanya hilang, saya fikir pasukan dapat menunjukka­n karektor, personalit­i, cita-cita dan kepercayaa­n sehingga ke akhir di mana kami mampu menang hari ini.

 ??  ??
 ??  ?? DEENEY Javi Garcia Pengurus Watford
DEENEY Javi Garcia Pengurus Watford

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia