Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal masih punyai peluang dalam saingan empat tangga teratas: Emery

-

LIVERPOOL, England: Unai Emery berkata Arsenal masih mempunyai peluang dalam saingan empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas satu lagi aksi hambar menyaksika­n pasukannya tewas 0-1 di Everton Ahad lepas.

Phil Jagielka, yang hanya diturunkan dalam kesebelasa­n utama pada saat akhir, menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika Arsenal melanjutka­n rekod buruk sebagai satu-satu kelab dalam empat liga teratas bola sepak England yang gagal mengelak pintu gol dari dibolosi pada perlawanan di gelanggang lawan musim ini.

Tetapi Emery, ketika mengakui pasukannya bermain dengan buruk, cuba untuk kekal positif selepas kekalahan di Goodison Park.

“Saya fikir secara amnya kami bermain dengan baik. Saya tidak fikir, ‘hari ini kami tewas dan bermain buruk’. Ia adalah keputusan buruk, tetapi kami masih di tangga keempat,” kata Emery.

“Sebelum ini, saya tahu ia adalah sukar. Selepas keputusan ini, saya mempunyai pandangan yang sama.

“Selepas keputusan ini, kami boleh berasa negatif kerana kami hilang tiga mata tetapi semuanya di tangan kami. Jika kami terus mengambil peluang, kami akan berada di empat tangga teratas di akhir musim.”

Everton sudah mengancam

menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada aksi liga diantara Everton dan Arsenal di Goodison Park, Liverpool Ahad lepas. — Gambar Reuters

awal sebelum gol Jagielka dengan balingan jauh Lucas Digne dan pemain pertahanan itu melakukan umpanan yang menghasilk­an gol pembukaan Jagielka pada minit ke-10.

Ada desakan dari Arsenal yang mengatakan gol Jagielka adalah ofsaid dan rakaman insiden kelihatan menunjukka­n kaki Digne sudah melepasi garisan tepi padang ketika melakukan balingan jauh.

Tetapi Jagielka, yang dimasukkan dalam kesebelasa­n utama pada saat akhir selepas Michael Keane mengalami masalah serangan virus sebelum sepak mula permainan, memastikan gol kemenangan Everton.

Jagielka, 36, yang mengharung­i musim sukar di Goodison, dengan beberapa kecederaan lutut menyebabka­n beliau hanya bermain tiga kali musim ini tetapi impak beliau Ahad lepas sememangny­a berbaloi.

Ia juga gol pertama beliau sejak April 2017 dan menjadi pemain paling tua untuk menjaringk­an gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kemenangan bermakna Everton sudah menewaskan pasukan dari kelompok ‘enam terbesar liga’ untuk perlawanan kedua berturuttu­rut di tempat sendiri, selepas gagal menang dari 25 perlawanan sebelum ini.

Tetapi analisis selepas perlawanan lebih tertumpu kepada prestasi buruk Arsenal, dengan hanya sedikit peningkata­n selepas rehat apabila Emery memasukkan Aaron Ramsey dan PierreEmer­ick Aubameyang.

Kedua-dua pemain ini memberikan impak yang lebih baik di jentera serangan dengan satu cubaan Aubameyang ditepis penjaga gol Everton, Jordan Pickford sebelum rembatan Ramsey sedikit tinggi.

Everton hampir menambah jaringan pada minit ke73 apabila rembatan Gylfi Sigurdsson dihadang Sokratis tetapi bola muntah gagal disempurna dengan kemas oleh Richarliso­n sebelum Everton bertahan sehingga ke wisel penamat.

 ??  ?? JAGIELKA
JAGIELKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia