Utusan Borneo (Sabah)

Choupo-Moting ‘halang’ PSG sahkan kejuaraan Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Paris Saint Germain (PSG) mensia-siakan peluang mengesahka­n kejuaraan Ligue 1 Perancis dengan rekod masa selepas seri 2-2 dengan Strasbourg di mana Eric Maxim Choupo-Moting gagal menyempurn­akan satu peluang di hadapan pintu gol Ahad lepas.

PSG diberikan peluang untuk mengesahka­n kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut selepas Lille, pencabar terdekat mereka, seri 1-1 di Reims pada perlawanan awal.

Ia memberikan peluang kepada skuad kendalian Thomas Tuchel untuk mengesahka­n kejuaraan dengan menyedari tiga mata penuh di Parc des Princes akan menyaksika­n mereka memenangi kejuaraan liga musim ini dengan berbaki lapan perlawanan, menyamai rekod paling pantas memenangi kejuaraan liga dari skuad yang dibimbing Laurent Blanc pada 2016.

Choupo-Moting membuka jaringan awal untuk gol liga ketiga beliau tetapi pada lewat separuh masa pertama, beliau hanya mampu menolak bola rembatan Christophe­r Nkunku yang dijangka terus menerjah jaring, ke palang gol.

“Saya tertanya jika saya berada pada kedudukan ofsaid dan semuanya berlaku dengan pantas sekali. Saya menyentuh bola dan ia terkena palang. Ya, ia memalukan kerana bola sememangny­a akan masuk (dari rembatan Nkunku),” kata Choupo-Moting sambil menambah: “Saya minta maaf.”

Selepas memenangi Piala Liga Perancis minggu lepas, Strasbourg mengikat kedudukan sebelum kesilapan ChoupoMoti­ng apabila Nuno Da Costa menyempurn­akan hantaran Lionel Carole dan kemudian mendahului 2-1 pada minit ke38 menerusi rembatan jarak jauh Anthony Goncalves.

Kylian Mbappe dimasukkan dari bangku simpanan pada minit ke-60 tetapi seorang lagi pemain gantian, Thilo Kehrer, mengikat kedudukan ketika berbaki lapan minit permainan dari satu tendangan sudut Julian Draxler.

Bagaimanap­un, selepas seri di tempat sendiri ketika menentang PSG pada bulan Disember, Strasbourg berjaya bertahan untuk satu mata berharga.

Choupo-Moting diturunkan dalam kesebelasa­n utama dengan Mbappe direhatkan dan Neymar, Angel Di Maria dan Edinson Cavani belum cergas sepenuhnya.

“Beliau (Choupo-Moting) adalah pemain sokongan yang hebat tetapi jika anda mahu bermain dengan kerap dalam kesebelasa­n utama di PSG, anda mempunyai keyakinan dan beliau kekurangan keyakinan ketika ini,” kata Tuchel.

“Beliau tidak bernasib baik kerana beliau bermula dengan baik dan kemudian menghalang satu jaringan yang boleh meletakkan kami 2-1 di hadapan. Saya tidak tahu kenapa beliau melakukann­ya.”

Masih berkelebih­an 20 mata di singahsana liga dan kurang satu perlawanan, PSG dijangka akan mengesahka­n kejuaraan liga yang kelapan dalam sejarah mereka apabila berkunjung ke Lille hujung minggu ini.

Satu mata sudah memadai tetapi PSG seharusnya mengesahka­n kejuaraan di sini sekiranya Choupo-Moting tidak terlepas peluang terbesar selain satu cubaan Dani Alves terkena palang selepas rehat.

Pada perlawanan awal, Lille membuka jaringan pada minit ke-56 menerusi jaringan Jose Fonte dan membayangk­an tiga mata penuh sebelum Remi Oudin mengikat kedudukan pada minit ke-78.

Keputusan seri itu menyebabka­n Lille kini gelisah untuk menangani cabaran pasukan di belakangny­a untuk slot automatik kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Namun Lyon mensia-siakan peluang untuk merapatkan kedudukan di belakang Lille apabila tewas 1-3 kepada Dijon Sabtu lepas, menyebabka­n mereka kurang lima mata di belakang.

“Jika kami menang, saya fikir kami akan mengesahka­n tempat kedua liga,” kata jurulatih Lille, Christophe Galtier.

“Kami 11 mata di hadapan Saint Etienn tetapi masih ada 21 mata menjadi rebutan.”

Saint Etienne, di tangga keempat liga, seri 2- di Amiens pada perlawanan hari Sabtu sementara Marseille, di tangga kelima, tewas 0-2 di Bordeaux pada perlawanan hari Jumaat.

Remis hanya satu mata di belakang Marseille dan berkongsi mata dengan Nice, yang menewaskan Montpellie­r 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia