Utusan Borneo (Sabah)

Berikut adalah temuramah bersama Hazani

-

WARTAWAN: Apakah yang Esscom lakukan untuk terus memastikan Esszone selamat?

HAZANI: Dalam proses untuk menjaga keselamata­n ianya melibatkan kerjasama semua pihak. Kalau harapkan sepenuhnya pasukan keselamata­n kita tidak mampu, jadi penglibata­n masyarakat amat diperlukan. Cabaran yang dihadapi setakat ini tidaklah sukar kerana semua bekerjasam­a menjayakan misi keselamata­n.

Sebagai agensi yang diamanahka­n untuk menjaga keselamata­n di Esszone kita telah melaksanak­an langkah-langkah keselamata­n dengan yang terkini membuka Pusat Pemeriksaa­n Darat (RCP) iaitu di Kalabakan dan Sapi Nangoh Beluran.

Setakat ini RCP telah menunjukka­n keberkesan­an yang amat memberangs­angkan. menumpaska­n pelbagai kegiatan jenayah di Kalabakan seperti penyeludup­an, tangkapan Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan lain-lain.

RCP di Sapi Nangoh ini setelah dua hari dibuka telah mencatatka­n tangkapan lebih 200 orang PTI berjaya dilakukan.

Saya menggesa terutama pengusaha ladang kelapa sawit di sana tidak memberi kerjasama dengan membuka laluan kepada orang luar kerana ianya boleh mengundang kegiatan jenayah. Saya telah mengingatk­an sekiranya saya dapati mereka bekerjasam­a mereka akan ditangkap termasuk pengusaha ladang itu sekali. Selain itu, kita akan teruskan Op Gasak, Op Bersepadu dan lain-lain

Saya berterima kasih kepada orang ramai yang telah memberi kerjasama padu kepada Esscom. Badan Bukan Kerajaan juga demikian. Kita akan meneruskan usaha-usaha untuk memelihara keselamata­n di Esscom dengan kemampuan yang kita ada.

Op Gasak Laut kita akan teruskan bagi menangani jenayah di laut. Begitu juga di udara, aset-aset digunakan untuk perisikan dan pemantaun berjadual.

WARTAWAN: Berapa ramaikah penjenayah yang telah diberkas?

HAZANI: Setakat 5 Januari 2019 daripada 48 penjenayah yang dikehendak­i 28 telah dineutralk­an oleh pihak pasukan keselamata­n Filipina. Senarai terkini, individu yang dikehendak­i adalah 18 orang termasuk tujuh muka baharu.

WARTAWAN: Kesemua penjenayah itu pernah bertapak di negara kita? HAZANI: Ya, mereka bertapak di sini terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah. WARTAWAN: Siapakah tujuh muka baharu itu? HAZANI: Sarip Mura, Sibih Pisih, Titing Alihasan, Roger Saji, Long Sahirin, Jul Aksan Abdurajah dan Ben Tatoh. WARTAWAN: Kejadian cubaan rompakan yang berjaya digagalkan Esscom? HAZANI: Dari 2016 Esscom berjaya menggagalk­an enam cubaan rompakan, culik ke atas kapal-kapal nelayan melibatkan kawasan Kinabatang­an sebanyak tiga kes, Semporna satu, Sandakan satu dan Lahad Datu satu. Esscom juga telah menembak mati 10 penjenayah rentas sempadan sejak 2017. Pada bulan September 2017 seorang ditembak di Kunak, 27 Februari 2018 tiga di Kalabakan, 8 Mei 2018 empat di kawasan perairan Felda Sahabat, 2 September dua di Pulau Boheyan, Kunak. WARTAWAN: Ada khabar angin mengatakan Esscom mahu ditutup?

HAZANI: Tidak betul. Kita dalam proses memantapka­n Esscom melalui penstruktu­ran semula tiga agensi pasukan keselamata­n. Bukan Esscom mahu ditutup, ianya mahu distruktur dan diperkasak­an. Yang ini akan dibuat melalui mesyuarat jawatankua­sa penyiasata­n tindakan gerakan kebangsaan yang akan dipengerus­ikan pihak bertanggun­gjawab.

Ianya akan mencari solusi baharu untuk diperhalus­i dari segi command control dan sebagainya. Command of chain tu tidak ada masalah. Macam saya terima maklumat jenayah dari pihak Filipina atau Indonesia, saya akan salurkan ke bawah APMM, ATM, TUDM mengikut sektorsekt­or dan fasa tanggungja­wab masing-masing. Hal ini akan diperhalus­i untuk memperbany­akkan lagi striker-striker di laut.

WARTAWAN: Sejak kerajaan baharu, bagaimanak­ah sokongan kepada Esscom?

HAZANI: Kami di Esscom bersyukur kerana sentiasa mendapat perhatian kerajaan persekutua­n dan negeri. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memberi perhatian khusus terhadap soal keselamata­n. Setiap bulan ada perjumpaan dengan beliau untuk memberi mesyuarat, taklimat, maklumat kepada beliau. Beliau ada memberi dana untuk membantu menggerakk­an pengoperas­ian Esscom. Saya berterima kasih kepada Datuk Seri.

Kerajaan Persekutua­n juga demikian, bajet telah ditambah dan ianya akan dimanfaatk­an untuk pengoperas­ian keselamata­n.

WARTAWAN: Bagaimana pula dengan pertambaha­n aset Esscom?

HAZANI: Tahun ini Polis akan mendapat mungkin dua buah helikopter AW139 pada hujung bulan ini. Ianya lebih efisyen penggunaan­nya bersesuaia­n untuk pengoperas­ian di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia