Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Pendidikan Bantuan Asas Kecemasan beri kesedaran warga IPGKT

- Pelajar PISMP PAKK sedang membuat demonstras­i kepada para pelajar Pra Sekolah Sri Murni tentang caracara menyelamat nyawa seseorang melalui CPR.

TAWAU: Program kesedaran mengenai kepentinga­n bantuan asas kecemasan perlu diperkenal­kan dan dijalankan dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya terhadap warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT).

Ia bagi memberi informasi mengenai punca berlakunya kecemasan, mengetahui cara memberi rawatan asas kecemasan dan menyampaik­an maklumat cara mencegah kecederaan.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPGKT, Dr Asri Ispal, berkata demikian ketika merasmikan Pameran Bantuan Asas Kecemasan anjuran Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) ambilan Jun 2016 IPG Kampus Tawau, baru-baru ini.

“Bantuan kecemasan atau pertolonga­n cemas merupakan satu bentuk rawatan kesihatan yang diberikan kepada mangsa dengan keadaan segera. Rawatan kecemasan ini selalunya diberi orang yang berdekatan mangsa sebelum rawatan pakar atau profesiona­l tiba,” katanya.

Asri yang mewakili Pengarah IPGKT berkata rawatan kecemasan dapat menyelamat­kan nyawa seseorang.

Oleh itu, katanya, adalah wajar warga IPGKT diberi pendedahan mengenai kepentinga­n bantuan kecemasan, sekaligus dapat mewujudkan masyarakat peka dan celik tentang rawatan kecemasan.

“Program ini meningkatk­an kesedaran warga IPG Kampus Tawau terhadap ilmu asas pertolonga­n cemas selain menggalakk­an serta melatih warga IPG Kampus Tawau

PERASMIAAN program Bantuan Asas Kecemasan di IPGKT Tawau. Dari kiri Latifah Monnas, Dr Abdul Hamid Abd Rahim, Dr Asri Ispal.

dalam aplikasi pertolonga­n cemas,” katanya.

Asri berkata ia juga memberi impak positif dalam usaha meningkatk­an kesedaran warga IPG Kampus Tawau terhadap kesihatan diri, orang lain dan persekitar­an yang sihat demi menjamin masa depan lebih selamat.

Sementara itu, Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Latifah Monnas, berkata keperluan penganjura­n pameran itu bukan sahaja untuk memenuhi sukatan tugasan kursus Pengurusan Kecemasan dalam PAKK 3373, malah merupakan platform memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengendali­kan bantuan asas kecemasan.

“Pameran ini dapat dijadikan bahan rujukan mendapatka­n ilmu pengendali­an kecemasan, terutama pelajar yang bakal berkhidmat sebagai guru untuk dipraktikk­an di dalam kehidupan sebenar apabila menghadapi sebarang kecemasan,” katanya.

Jelas Latifah lagi, sebagai bakal guru, adalah penting untuk setiap pelajar mengetahui pelbagai input dalam kemahiran mengendali­kan kecemasan.

 ??  ??
 ??  ?? PARA
PARA
 ??  ?? PARA pelajar Pra Sekolah Sri Murni merakam gambar kenangan dengan para pelajar PISMP Pendidikan Awal KanakKanak.
PARA pelajar Pra Sekolah Sri Murni merakam gambar kenangan dengan para pelajar PISMP Pendidikan Awal KanakKanak.
 ??  ?? BARISAN Ahli Jawatankua­sa pameran Bantuan Asas Kecemasa. Latifah Monnas empat dari kiri merupakan Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
BARISAN Ahli Jawatankua­sa pameran Bantuan Asas Kecemasa. Latifah Monnas empat dari kiri merupakan Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
 ??  ?? STAF IPGKT, Hamli Saleh (kiri) sedang menerima tunjuk cara simulasi merawat bayi tercekik dari seorang pelajar PISMP PAKK, Bange Deria Derid Sedin (kanan).
STAF IPGKT, Hamli Saleh (kiri) sedang menerima tunjuk cara simulasi merawat bayi tercekik dari seorang pelajar PISMP PAKK, Bange Deria Derid Sedin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia