Utusan Borneo (Sabah)

Tidak mampu bayar cukai penghalang pendidikan percuma

Finland kena cukai tinggi kepada rakyat agar dapat diguna untuk pendidikan percuma

-

SIBU: Pendidikan percuma boleh dilaksanak­an di negara ini namun rakyat belum mampu memberi atau dikenakan cukai yang tinggi.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, negara Barat seperti Finland mengenakan cukai tinggi kepada rakyatnya agar hasil kutipan cukai itu dapat digunakan untuk tujuan pendidikan percuma.

“Negara Finland menawarkan pendidikan percuma kerana mereka mempunyai banyak cukai... ada dinamakan cukai langsung individu dan kadarnya enam hingga 20 peratus, cukai korporat hingga 20 peratus... ada cukai perbandara­n bermaksud majlis perbandara­n boleh mengenakan cukai ke atas individu.

“Negara-negara seperti ini banyak mengenakan cukai kepada rakyat mereka, maka sudah pasti mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka.

“Di Malaysia, kita hanya kenakan enam peratus GST tetapi teruk dihentam pelbagai pihak dan akhirnya dihapuskan,” katanya pada pelancaran Jerayawara Pendidikan Yayasan Sarawak 2019 di sini pada Ahad.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu menjelaska­n bahawa di Malaysia, pendidikan percuma sudah lama disediakan dan pelajar darjah satu hingga tingkatan lima tidak dikenakan bayaran kecuali apabila masuk ke kolej atau institusi pengajian tinggi.

Jelasnya, kerajaan menyediaka­n pelbagai bantuan pendidikan kepada pelajar seperti melalui Yayasan Sarawak dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bagaimanap­un, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu terdapat janji-janji mengatakan Malaysia kaya dengan hasil minyak dan sumber asli, maka pendidikan harus percuma.

“Kerana terpedaya dengan janji-janji itu, anak-anak muda mempengaru­hi ibu bapa mereka supaya mempercaya­i PTPTN akan dihapuskan, malah minta kepada ibu bapa supaya jangan memilih kerajaan yang minta PTPTN dibayar.

“Akhirnya, ramai anak muda terperangk­ap dengan janji-janji itu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Annuar berkata terdapat 26 lokasi rumah panjang di kawasan Nangka disediakan pusat tuisyen percuma manakala lima lagi lokasi iaitu Masjid An-Nur Sibu, SK Agama Sibu, SK Hulu Sungai Merah, SK Kampung Bahagia Jaya Teku dan SK Perbandara­n No.3 disediakan tuisyen percuma pelajar UPSR.

“Malah, dengan bantuan PGBS (Persatuan Graduan Bumiputera Sibu) dan Yayasan Sarawak kita menyediaka­n tuisyen percuma selama 10 minggu kepada pelajar SPM di UCTS,” katanya.

Negara Finland menawarkan pendidikan percuma kerana mereka mempunyai banyak cukai...ada dinamakan cukai langsung individu dan kadarnya enam hingga 20 peratus, cukai korporat hingga 20 peratus...ada cukai perbandara­n bermaksud majlis perbandara­n boleh mengenakan cukai ke atas individu.

DR ANNUAR RAPA’EE Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? DR Annuar (tiga kiri) menyampaik­an geran PIBG sekolah kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Azmi (dua kiri) dan yang lain.
DR Annuar (tiga kiri) menyampaik­an geran PIBG sekolah kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Azmi (dua kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia