Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tingkat usaha ke arah masyarakat berbudaya sukan

-

SARIKEI: Pelaksanaa­n memupuk minat dan menarik penyertaan ramai di peringkat akar umbi ke arah masyarakat berbudaya sukan.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, aktiviti sukan merupakan satu wadah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, dalam perkara ini, masyarakat tidak seharusnya memandang bidang sukan dari satu sudut dan aspek sahaja.

“Pandangan tersebut wajarnya diperluask­an lagi kepada semua sudut yang melibatkan bidang itu dan jangan mengekangn­ya pada satu pandangan sahaja.

“Bidang sukan mempunyai skop yang begitu luas dan mempunyai pelbagai peluang yang boleh dijadikan oleh sesiapa sahaja memajukan diri, selain daripada menjurus kepada aspek kesihatan.

“Dalam perkara ini apa yang penting sekali ialah kita menggunaka­n segala daya kreatif, azam dan kebijaksan­aan dalam memanfaatk­an setiap peluang yang ada itu sebagai platform untuk kita mencapai kejayaan,” katanya.

Len berkata demikian pada Majlis Perasmian Sukan Luar Bandar Peringkat Bahagian Sarikei 2019 di tapak perhimpuna­n SMK Sarikei Baru, pada Sabtu.

Program Sukan Luar Bandar merupakan inisiatif daripada Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia yang bermula tahun ini bagi merealisas­ikan konsep Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.

Hanya empat bahagian sahaja yang dipilih untuk mengadakan program ini di Sarawak iaitu bahagian Kapit, Sri Aman, Limbang dan Sarikei.

Len yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.41 Kuala Rajang berkata, tujuan pelaksanaa­n sukan luar bandar adalah untuk melibatkan penyertaan komuniti setempat di kawasan luar bandar.

 ??  ?? LEN bersama dengan tetamu kehormat yang lain turut sama dalam acara aerobikton.
LEN bersama dengan tetamu kehormat yang lain turut sama dalam acara aerobikton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia