Utusan Borneo (Sabah)

IKM latih lepasan sekolah dengan kemahiran relevan

-

BINTULU: Institut Kemahiran MARA (IKM) memainkan peranan berkesan membantu lepasan sekolah terutama belia luar bandar dengan melatih mereka dengan kemahiran relevan dan diiktiraf badan akademik dan profesiona­l termasuk industri.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Sarawak Dr Azmi Amat Murjan berkata, IKM secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar yang mungkin tidak mendapat tempat meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi negara ini.

“Peluangdit­awarkanIKM­Bintulu dan Kuching membantu pelajarpel­ajar mendapat pengetahua­n dan komuniti Bumiputera meningkatk­an sosioekono­mi terutama di luar bandar,” katanya pada Majlis Konvokesye­n IKM di IKM Bintulu pagi Ahad.

Seramai 218 graduan merangkumi 74 pelajar IKM Bintulu dan 144 pelajar (IKM Kuching) menerima skrol pada majlis yang turut dihadiri Pengarah IKM Bintulu Dr Mohd Nawawi Omar dan Pengarah IKM Kuching Mohd Yatim Hassan.

Katanya, IKM komited menyedia dan memperkasa masyarakat Bumiputera sebagai penyumbang utama modal insan negara untuk membolehka­n mereka bersaing di peringkat global.

“Saya percaya sebagai institusi pembanguna­n modal insan, IKM Bintulu dan IKM Kuching bertanggun­gjawab membantu negara menyediaka­n kemahiran dan tenaga kerja separuh mahir memenuhi keperluan perindustr­ian.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, kira-kira 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan diwujudkan mengikut keperluan TVET,” katanya.

Beliau berkata, IKM Bintulu dan IKM Kuching bersedia menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 dengan merekrut pakar minyak dan gas, automotif, perkhidmat­an elektrik dan mekanik serta mewujudkan lebih banyak usahawan.

Menurutnya, penubuhan Loji Pengeluara­n Minyak (OPP) di IKM Bintulu adalah sebahagian daripada inisiatif MARA menyokong sektor minyak dan gas berkaitan.

 ??  ?? DR AZMI(tengah) menyampaik­an sijil kepada seorang pelajar sambil disaksikan Dr Mohd Nawawi (kiri).
DR AZMI(tengah) menyampaik­an sijil kepada seorang pelajar sambil disaksikan Dr Mohd Nawawi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia