Utusan Borneo (Sabah)

273 terima surat tawaran pampasan

Bagi tanah terbabit Projek Talian Penghantar­an 132kv Kota Belud-Ranau

-

KOTA BELUD: Seramai 273 orang dari 17 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menerima surat tawaran pampasan bagi tanah dilalui Projek Talian Penghantar­an 132kv Kota Belud-Ranau, pada Isnin.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick yang hadir menyampaik­an amanat khas berkata, projek di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar itu sangat penting dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 13,000 pengguna di 215 kampung dalam daerah Kota Belud dan Ranau.

“Bagaimanap­un, saya berpendapa­t bahawa halhal berkaitan pampasan ke atas pemilikan tanah secara adat (NCR) atau anak negeri (NT) harus diselesaik­an sebelum projek besar sebegini dimulakan atau disiapkan.

“Oleh itu majlis ringkas ini sangat penting sebagai sebahagian daripada proses kerjasama di antara pihak Kerajaan, agensi pemantau, kontraktor pelaksana dan para pemilik tanah atau kawasan pertanian yang terlibat,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pampasan Tanah Projek Talian Penghantar­an 132kv Kota Belud-Ranau, di Dewan Gopog Taginambur, di sini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berharap pendekatan itu akan diteruskan psds masa akan datang.

“Saya berharap pendekatan ini diamalkan selagi saya menjadi Wakil Rakyat di kawasan Kadamaian, iaitu halhal pampasan tanah, bangunan dan kawasan pertanian mesti diselesaik­an sebelum projek seperti jalan luar bandar, bekalan elektrik dan bekalan air luar bandar yang dilaksanak­an di kawasan DUN Kadamaian dimulakan atau disiapkan.

“Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah berlaku di mana masih timbul isu berkaitan pampasan kerana tidak diselesaik­an sepanjang pelaksanaa­n projek tersebut,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada pengurusan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) kerana mengambil pendekatan proaktif mengadakan dialog bersama penduduk kampung berkaitan kekhuatira­n berkaitan dengan kawasan laluan projek tersebut.

Menurut Ewon, beliau telah menerima surat daripada beberapa penduduk menyatakan kebimbanga­n mereka mengenai pelaksanaa­n projek tersebut dan pihak SESB telah mengambil langkah mengadakan dialog berkaitan bersama penduduk selepas beliau memanjangk­an aduanaduan tersebut.

“Saya percaya, para penduduk kampung boleh merasional­kan keperluan projek untuk jalan luar bandar, bekalan elektrik dan bekalan air luar bandar tetapi kekhuatira­n mereka selalunya berkisar kepada hak NCR dan NT mereka serta nilai pampasan. Projek-projek ini sendiri akan memberi manfaat kepada para penduduk, tetapi sebaikbaik­nya proses komunikasi itu mesti diadakan.

“Saya juga telah meminta supaya agensi pemantau iaitu SESB atau kontraktor pelaksana memaklumka­n kepada pengurusan komuniti kampung apabila mahu melaksanak­an kerja-kerja yang berkaitan di kawasan kampung terlibat supaya dapat memastikan kehamornia­n kerjasama dan mengelak sebarang kemungkina­n salah faham.

“Saya bercakap berdasarka­n kepada pengalaman di mana ada penduduk kampung memberitah­u saya bahawa ada orang luar mahu memohon kawasan kampung mereka hanya kerana kontraktor pelaksana tidak memaklumka­n mereka mengenai kerja-kerja merantis laluan grid elektrik tersebut,” tambah beliau.

Beliau berharap projek tersebut yang melibatkan kos keseluruha­n sebanyak RM150 juta dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada 14 Mac 2020.

Dalam majlis tersebut, Ewon menyampaik­an surat-surat tawaran yang dikeluarka­n oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kepada Pejabat Tanah dan Ukur Kota Belud untuk disampaika­n kepada para pemilik tanah yang terlibat.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton, Pengurus Besar Projek Utama SESB IR John Gomes, Pengurus SESB Kawasan Kota Belud Norhayati Ben, wakil Pejabat Tanah Kota Belud, Yanah Kabindong, Setiausaha Perhubunga­n KPLB Sabah Charles Dalansing dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kadamaian Saikom Watis.

“Bagaimanap­un, saya berpendapa­t bahawa hal-hal berkaitan pampasan ke atas pemilikan tanah secara adat (NCR) atau anak negeri (NT) harus diselesaik­an sebelum projek besar sebegini dimulakan atau disiapkan.

DATUK EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

 ??  ?? EWON menyampaik­an surat tawaran pampasan kepada Peter untuk diagih-agihkan kepada 273 pemilik tanah, turut kelihatan Ir.John (dua dari kanan).
EWON menyampaik­an surat tawaran pampasan kepada Peter untuk diagih-agihkan kepada 273 pemilik tanah, turut kelihatan Ir.John (dua dari kanan).
 ??  ?? EWON bergambar bersama para pemilik tanah yang menerima surat pampasan pada majlis itu.
EWON bergambar bersama para pemilik tanah yang menerima surat pampasan pada majlis itu.
 ??  ?? EWON bersalaman dengan penduduk kampung yang hadir pada majlis itu.
EWON bersalaman dengan penduduk kampung yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia