Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan asimilasi budaya timur, barat

150 Pelajar sertai La Journée Francophon­ie SMK Tebobon

-

SERAMAI 150 pelajar dari empat sekolah di Sabah yang menawarkan bahasa Perancis menyertai Hari Francophon­ie di Bilik Seminar SMK Tebobon pada Khamis.

Hari Francophon­ie diadakan bersempena dengan sambutan “La Journée Internatio­nal de la Francophon­ie” pada 20 Mac yang lalu.

La Journée Francophon­ie ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Organisasi Internasio­nal Francophon­ie (L’organisati­on de la Francophon­ie) bagi meraikan Bahasa Perancis dan budaya Francophon­e.

Hari Francophon­ie di SMK Tebobon julungjulu­ng kali diadakan di Sabah menghimpun­kan pelajar bahas Perancis dari empat sekolah, iaitu SMK Tebobon, SM Sains Sabah, SMK Sanzac dan SM Sains Lahad Datu.

Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar yang

mengambil bahasa Perancis mengenai asimilasi budaya antara timur dan barat, iaitu Perancis dan Malaysia dan juga mengenali cakupan negara yang bertutur Bahasa Perancis.

Terdapat sebanyak 93 sekolah yang menawarkan bahasa Perancis sebagai bahasa asing di seluruh Malaysia. Bahasa Perancis adalah bahasa kelima yang paling banyak dipertutur­kan di seluruh dunia selepas bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Arab.

Majlis Perasmian dirasmikan oleh Ms Esther Van Nes, Kaunselor Politik Kedutaan Kanada di Malaysia.

Turut hadir pada majlis perasmian adalah Noemi Robin selaku pengurus projek Kerjasama Pendidikan Kedutaan Perancis di Malaysia, Abidin Bin Marjan, Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Puan Doreen, Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu.

Program di bawah kelolaan Cik Jenniesy Majunggi selaku Ketua Panitia Bahasa Perancis SMK Tebobon berakhir tepat pada jam 4 petang dengan jayanya.

 ??  ?? PESERTA bergambar di SMK Tebobon.
PESERTA bergambar di SMK Tebobon.
 ??  ?? (Dari kiri) NOEMI Robin, Abibin bin Marjan, Esther Van Nes, Ajmal Haji Jumah dan Doreen Nursareena Abdullah.
(Dari kiri) NOEMI Robin, Abibin bin Marjan, Esther Van Nes, Ajmal Haji Jumah dan Doreen Nursareena Abdullah.
 ??  ?? ESTHER Van Nes merasmikan program itu.
ESTHER Van Nes merasmikan program itu.
 ??  ?? (Dari kiri) ESTHER Van Nes, Jenniesy , Noemi Robin.
(Dari kiri) ESTHER Van Nes, Jenniesy , Noemi Robin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia