Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan tani hasilkan produk hiliran berasaskan buah tin

-

SELEPAS berjaya membuktika­n buah tin mampu hidup segar di Janda Baik, di sini, usahawan tani yang pernah bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas negara, Mohamad Hafidz Ariffin kini mengorak selangkah lagi apabila bakal mengeluark­an jus minuman daripada buah berkenaan.

Menurut Mohamad Hafidz, 33, jus berkenaan akan dihasilkan dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar minuman kesihatan terkenal pada bulan Jun ini dalam bentuk botol 320 ml.

“Alhamdulil­lah buah tin yang dihasikan dari ladang ini mendapat sambutan yang tinggi termasuk daripada hotel-hotel dan orang perseorang­an yang datang sendiri ke ladang untuk mendapatka­n buah yang segar.

“Untuk tuaian musim pertama sahaja baru-baru ini, kita berjaya memperoleh hasil sebanyak RM55,000 tidak termasuk penjualan anak pokok, baja yang dihasilkan sendiri dengan kerjasama Cikgu Kebun Organic Solutions dan kursus kepada orang ramai untuk belajar menamam pokok buah tin di rumah.

“Memandangk­an buah ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, jadi saya merasakan perlu untuk kita pasarkan dalam bentuk minuman agar lebih ramai lagi masyarakat yang boleh menikmati khasiatnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya baru-baru ini.

Menurutnya menurut kajian saintifik yang pernah dilakukan oleh pakar-pakar nutrisi sebelum ini mendapati jus buah tin atau nama saintifikn­ya Ficus Carica baik untuk mengelakka­n masalah usus, mampu menambahka­n tenaga, dan mempunyai anti oksidan yang tinggi yang baik untuk pesakit barah.

Buah tin juga kaya dengan potasium iaitu sejenis mineral yang membantu mengawal tekanan darah dan mampu memberikan kesan ketara kepada kesihatan diri sekiranya diamalkan secara konsisten dalam diet harian.

Selain itu katanya ia juga dapat menurunkan berat badan, mengandung­i, asid folid yang sesuai untuk ibu mengandung bagi membantu tumbesaran bayi, zat besi untuk masalah Anemia selain itu kaya dengan kalsium membantu hasilkan susu dan menguatkan tulang.

“Buah tin mempunyai pelbagai jenis baka seperti Super Jumbo, Super Red Hyrid, Iraqi, Puple Jordan, Ottawa, Violet De Soillies, Ponte Tressa, Maltese Falcon dan Black Genoa dan baka terbaharu yang kita tanam di ladang ini ialah Benefigs Hybrid.

“Setiap baka mempunyai kelainan dari segi rasanya, kemanisan, bau, warna isi serta kulit selain teksturnya sendiri,” katanya.

Untuk rekod Mohamad Hafidz kini mempunyai sebanyak 1,200 pokok buah tin yang ditanam di ladang seluas 0.8 hektar ekar di kawasan di Janda Baik yang turut ditanam dengan pokok seperti durian Musang King, nangka madu, anggur, nenas MD2 dan durian belanda.

Beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan sumber manusia dari Universiti Putra Malaysia juga merancang untuk membuka sebuah ladang contoh di Shah Alam untuk memperkena­lkan tanaman itu kepada orang ramai.

“Selain itu saya juga kini dalam proses untuk mengkormes­ilkan penghasila­n dauh teh daripada pokok tin kerana ia memiliki bahan anti diabetik yang mampu mengawal kandungan gula bagi pesakit diabetes.

“Selain daun pokok tin juga juga mengandung­i bahan yang mampu menyingkir­kan lemak dalam saluran darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuha­n sel barah,” katanya berusaha untuk mendapatka­n Persijilan Amalan Pertanian Baik (myGAP) dari Jabatan Pertanian.

Pada tuaian buah musim kedua yang dijangka bermula pada awal Julai hingga Oktober ini, Mohamad Hafidz bercadang untuk memperkena­lkan konsep Agro Pelanconga­n di ladangnya di mana pengunjung boleh datang melawat dan memetik sendiri buah tin segar.

 ??  ?? BUAH tin hampir masak yang diusahakan oleh pengusaha tanaman buah tin Mohamad Hafidz Ariffin, 33, di ladangnya di Kampung Janda Baik.
BUAH tin hampir masak yang diusahakan oleh pengusaha tanaman buah tin Mohamad Hafidz Ariffin, 33, di ladangnya di Kampung Janda Baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia